
YouTube adalah satu platform dimana anda meluangkan masa untuk mendengar muzik kegemaran anda. Tetapi anda akan mengalami masalah untuk ulang main (repeat) video kegemaran tersebut, dan terpaksa menekan butang play selepas video tamat. Dengan Endless Youtube (www.endlessyoutube.com), anda boleh lupakan masalah besar tersebut.
Anda boleh menggunakan fungsi Part Loop atau Loop untuk ulang main video. Part Loop bermaksud anda hanya ulang masa yang dipilih dengan menggunakan slider (rujuk kotak kuning pada rajah diatas).

Untuk menggunakan Endles Youtube, tambah perkataan ‘endless’ pada video yang berkenaan dan klik Go. Anda akan dibawa ke laman Endless YouTube seperti di atas.
Contoh seperti di bawah,
wwww.endlessy0utube.com/watch?v=KOiYdRCfXF8
Sekian.
Leave a Reply