Untuk rujukan sementara, saya siapkan satu jadual yang membandingkan lima perkhidmatan prabayar Blackberry Internet Services (BIS) yang ditawarkan oleh Hotlink, Celcom, Digi, U Mobile dan Tune Talk dengan pakej mini yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan.
Hotlink contohnya mempunyai tiga plan iaitu BIS Lite, BIS Social dan BIS Advance yang mana masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Saya tidak akan memberi ulasan kepada semua pakej yang ditawarkan, kerana saya lebih tertumpu kepada plan tanpa had Celcom iaitu RM25 sebulan dengan 250MB.
Ramai pengguna BIS Hotlink membantah tindakan Hotlink menamatkan BIS Bonus dan menggantikan dengan plan BIS Lite dan BIS Social yang langsung tidak masuk akal. Dan jika anda salah seorang daripadanya, anda boleh menggunakan jadual perbandingan di atas sebagai rujukan untuk menukar ke penyedia baru selepas 31 Julai nanti.

Leave a Reply