≡ Menu

Kenapa Mat Motor Perlukan Perlindungan Takaful?

Saya mula memiliki perlindungan takaful sendiri hanya pada tahun 2012. Ketika itu saya mendapat kerja tetap yang pertama selepas menamatkan pelajaran. Kerja saya dalam pejabat, tidaklah selalu keluar outstation kerana komitmen kerja saya yang hanya duduk di office ikut shift siang dan malam. 

Boleh dikatakan kerja saya ini tidaklah mudah terdedah kepada kemalangan atau risiko di tempat kerja. Tapi risiko saya cumalah sebelum dan selepas kerja iaitu perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja, yang jauhnya lebih kurang 50 km setiap hari. Dalam 50 km itu setiap hari saya tengok ada tinggalan motorsikal akibat eksiden. Ada mudguard tercabut, no plate patah, lampu depan berkecai dan helmet di tepi lorong motorsikal. Terdetik dalam hati, setiap hari dari Shah Alam ke PJ saya akan terdedah kepada risiko ini. 

Apa akan jadi kalau suatu hari saya terlibat dalam kemalangan seperti itu? Siapa nak tanggung bil hospital dan bil lain. Motor tak apa dah ada insurans coverkan. Tuan motornya macam mana? Kalau setakat calarnya tak apa, kalau patah kena simen ka macam mana? Kerja kontrak, tak ada faedah. Gaji bulat bulat masuk akaun tak potong EPF dan Socso pun. Faedah lain memang tak ada lah. 

Maka, kisahnya saya cari pasal Takaful. Masa tu, saya difahamkan Takaful didatangkan dengan pakej perlindungan kesihatan dan pelaburan. Sumbangan bulanan akan dimasukkan ke dalam tabung perlindungan dan tabung pelaburan. Menarik tu, sambil dapat perlindungan dan dapat dividen atas simpanan. Maka, saya pun daftar dan alhamdulillah sampai hari ini belum ada claim saya buat. Satu hari nanti nak call tanya ejen berapa dah simpanan terkumpul saya? Mana tau boleh keluarkan buat belanja barang rumah? Itu kisah saya. Apa pula kisah harian anda? Adakah anda dilindungi dari saat keluar rumah dan sampai ke pejabat, dari mula bekerja sampai jam 5, dan dalam perjalanan pulang? Kalau anda kisahkan diri anda, jom miliki perlindungan Takaful anda sekarang.

Other articles you might like;

11 comments… add one
Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3