Tag: sibuk

  • Betul ke Sibuk?

    Betul ke Sibuk?

    Kalau diikutkan hati, kalau boleh satu hari mesti ada satu posting di Adamroslan.com, boleh lah celen blogger Ben Ashaari yang sehari cecah 10 entri! Tapi bukannya takmau tapi banyak jugak yang sedikit menjadi penghalang. Boleh saja nak buat kalau kurangkan alasan, tapi lebih berdisiplin, kan?

    (more…)

  • Booklet sudah siap!

    Booklet sudah siap!

    Assalamualaikum WBT.

    Alhamdulillah selepas tiga bulan bertungkus lumus menyiapkan booklet Malaysian Motorcycle Grand Prix 2009, akhirnya siap juga. Petang kemarin Adam ke Jasin untuk mengambil booklet yang telah siap dicetak oleh Percetakan Amir Enterprise. Nasib Adam mengenali Amir yang mempunyai syarikat cetakan ini, tidak lagi Adam perlu bersusah payah ke UH Trading atau Warisan NH untuk mencetak booklet. Kira-kira 3 jam lagi Adam akan bersiap sedia untuk Presentation dan menghantar semua report dan juga logbook untuk booklet ini.

    Harini ada dua cerita menarik tentang blog ini; baik dan kurang baik. Yang baiknya Adam mendapat kunjungan daripada Sky Sakinah. Selamat datang ke Adam’s Playground! Sebenarnya Adam’s Playground belum bersedia seratus peratus untuk menggunakan domain www.adamroslan.com kerana Adam belum berkesempatan untuk menukarkannya. Walaubagaimanapun, rakan-rakan masih lagi boleh menggunakan mana-mana domain untuk ke sini. Cerita yang keduanya, Adam menerima kutukan melalui ruangan Shoutbox. Entah siapa yang menggunapakai nama orang lain untuk menyembunyikan diri sendiri. Sudahlah kutuk orang, gunakan nama orang pulak. Kalau betul sangat berani, mari face to face. Saya bersedia untuk berdepan dengan anda orite? Kedua-dua cerita di atas menunjukkan bahawa masih ada pengguna yang bertandang ke sini walaupun tiada promosi besar-besaran dilakukan. Terima kasih.

    Sebenarnya Adam ada beberapa posting yang telah dikarang tetapi belum dipublish ke sini. Antaranya kisah Bagaimana untuk Menjalankan Dinner Kolej dan Pendapatan daripada Internet. InsyaAllah Adam akan buat posting dalam masa terdekat. Kini ada 3 to-do-list yang belum dilaksanakan. Bila nak habis ni?!

  • Sibuknya Sampai Kesudah

    Sibuknya Sampai Kesudah

    Mereka yang di atas ialah rakan sekumpulan Adam dalam semua tugasan yang melibatkan berkumpulan. Sharifah Nuraini, Nur Azzah, Ima Aimi Nadia dan Fatin Hanna. Gambar ini diambil di hadapan Loh Printing Bhd, sebuah kedai percetakan di Melaka ketika kami menjalankan kajian akademik dalam proses percetakan dan penerbitan buku.

    Minggu depan adalah minggu terakhir bagi sesi Disember 2008-April 2009 sebelum peperiksaan akhir semester dan cuti semester pada 11 Mac 2009! Masih ada dua presentation untuk dihabiskan!

  • Minggu Sibuk

    Minggu Sibuk

    Semua orang nak sibuk dalam minggu ni. Comel aja tengok Pica kat atas tu kan? =)

  • Semua Orang Sibuk

    Salam.

    Dicelah-celah kesibukan seharian Adam, sempat lagi Adam curi sedikit masa untuk mencipta posting baru. Sebenarnya ada saja cerita yang nak ditulis di sini tapi masa sentiasa menjadi penghalang.

    Selepas kepulangan dari Program Perkasa Siswa 2009 anjuran Hal Ehwal Pelajar dan Unit Kaunseling, Adam kembali seperti biasa. Bercerita tentang program ini, Adam dikatakan dapat menambah senarai rakan JPK dan MPP UiTM Melaka sahaja. Pengisiannya agak kosong. Namun Program Bual Bicara Kemerdekaan di Kampus Bandaraya sedikit membawa manfaat kepada Adam.

    Meneruskan kehidupan sibuk yang sebiasanya. Hari Isnin terskip sekali lagi kelas Broadcasting. Hari Selasa kembali padat dengan kelas dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Oh ya, kemarin ketemu dengan Sue yang setelah hampir dua bulan di kampus yang sama — tapi baru kali pertama bertemu mata. Selain itu sibuk juga dengan aktiviti Kolej Lekiu. Sekali lagi menyiapkan kertas kerja untuk Makan Malam Kolej Lekiu bersama Kolej Tun Puteri.

    Laman web rasmi Putra Rovers juga telah dirombak secara besar-besaran. Layout telah ditukar kepada sesuatu yang lebih ada ‘gah’nya. InsyaAllah selepas ini Putra Rovers akan mempunyai domainnya sendiri, mungkin www.putrarovers.com — itulah yang dicadangkan oleh Saudara Amran.

    Surat kepada Berita Publishing untuk kajian akademik di sana sudahpun diluluskan dan insyaAllah pada 2 Mac Adam akan ke sana bersama rakan-rakan. Tidak lupa juga Adam ingin mengucapkan tahniah kepada Saudari Sharifah Nuraini kerana telah berjaya menemui cinta yang selama ini dinantinya. Jangan lupa belanja makan-makan ya, Haha=)

    Dalam kesibukan duniawi, jangalah kita alpa. Sentiasa ingatkan Allah dalam kesibukan kerana Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang, kasihnya melebihi kasih sayang sesama makhluk tetapi sedikit sekali manusia yang bersyukur bahkan tidak sedar bukti kasih sayang Allah ada di mana-mana sahaja. Mungkin itu yang nak dipesan oleh Abah. Adam dapat rasa dia datang melawat.

    ”Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri” (59:19)