≡ Menu

Betul ke Sibuk?

Kalau diikutkan hati, kalau boleh satu hari mesti ada satu posting di Adamroslan.com, boleh lah celen blogger Ben Ashaari yang sehari cecah 10 entri! Tapi bukannya takmau tapi banyak jugak yang sedikit menjadi penghalang. Boleh saja nak buat kalau kurangkan alasan, tapi lebih berdisiplin, kan?

Selepas entri terakhir dua minggu lepas, Adam menjadi semakin sibuk dengan tugasan seorang pelajar. Dua minggu lepas ke Kuala Tahan untuk satu program kembara kemasyarakatan. Hujung minggu lepas ke Melaka untuk Majlis Makan Malam Kelab Penyiaran UiTM Shah Alam.

Masuk minggu baru, dua hari sudah lepas dan harini sudah hari ketiga. Ada empat hari lagi sebelum ke minggu seterusnya. Minggu minggu mendatang ialah minggu yang betul mencabar, manakan tidak semua tugasan mesti disubmit dalam dua minggu ini.

Paling gentar ialah rancangan live show kami di Studio TV Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Tunggu dan lihat!

Other articles you might like;

2 comments… add one
  • aidil banting March 30, 2011, 10:21 am

    tak pe. dah last sem, next sem tinggal praktikal je. relax la derrr
    Entri terkini aidil banting: PROTON ADSMy Profile

    • Adam Roslan March 30, 2011, 12:17 pm

      Haha. Ada setahun lagi bro. Okay lah tu, lepasni dah hanis le student life.

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3