≡ Menu

DMC3E Berfotografi!

Assalamualaikum.

Entri hari ini banyak berkisar tentang Adam dan DMC3E. Setelah penat ke Kuala Lumpur hilang, Adam telah demam. Mungkin terlalu letih. Hari ini seperti biasa, bangun pagi dan untuk ke kelas pada jam 8.30. Hari ini kelas pertama ialah CTU. Kami hanya mendengar persembahan daripada Syafiq dan Fadh tentang tajuk kajian beliau – Adab Guru dan Pelajar.

DMC3E bersama Mr Afiq

DMC3E bersama Mr Afiq

Pada tengah hari, kami ke kelas Journalism — Madam Raihan banyak bercerita tentang group assignment kami. Bangaimana untuk menyiapkan laporan interview kami. Selesai kelas, Adam bersama group members Psychology ke perpustakaan untuk menyiapkan proposal bagi kajian kami — Domestic Violence Against Men. Adam bersama Ima, Azza dan Ima berada di perpustakaan bertungkus-lumus menyempurnakan proposal yang perlu disubmit esok sementara menanti jam 3 petang untuk ke kelas Photo Communication di Tasik Tun Fatimah.

Sekitar jam 3 petang, kami semua berkumpul di Tasik Tun Fatimah untuk mempelajari teknik fotografi yang diajar oleh pensyarah kami, Mr. Afiq. Pada hari ini kami belajar untuk menggunakan teknik Panning, Limited Depth of Field dan Extended Depth of Field. Antara pembelajaran yang menarik pada hari ini adalah bagaimana untuk menggunakan Apperture bagi mendapatkan Limited Depth of Field dan Extended Depth of Field yang cantik dan sempurna.

Kira-kiranya mudah sahaja. Bagi mendapatkan Limited Depth of Field (LDOF) – Objek sharp background blur; adalah dengan menggunakan nilai apperture yang paling besar, f3.6 dan ke bawah disamping bijak menggunakan Shutter Value bagi mendapatkan gambar yang menarik. Bagi Extended Depth of Field (EDOF) – Objek dan background shap; adalah dengan menggunakan nilai apperture yang paling kecil, f32 dan ke atas disamping menggunakan shutter value yang sesuai. Yang pasti, menggunakan lensa 50MM Fix adalah satu kelebihan untuk Limited Depth of Field kerana lensa ini mampu memberi nilai apperture yang lebih besar sehingga f1.8. Saya perlu berusaha untuk mendapatkannya.

Selain teknik LDOF dan EDOF kami juga belajar menggunakan teknik Panning. Berikut adalah sebahagian daripada hasil daripada sesi pembelajaran pada hari ini.

Other articles you might like;

1 comment… add one
  • karm August 21, 2008, 11:46 pm

    nice pic..
    i like..
    eheheh

Leave a Comment

Next post:

Previous post: