Tag: Malaysia

  • (VIDEO) Kelayakan Piala Asia 2015 – Malaysia lawan Yaman

    (VIDEO) Kelayakan Piala Asia 2015 – Malaysia lawan Yaman

    www.youtube.com/watch?v=RQ56CTRTWNI

    Sentuhan penyudah Azammuddin Akil dan Khyril Muhymeen Zambri ‘menyelamatkan’ seketika karier jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal apabila membantu skuad Harimau Malaya menang tipis 2-1 ke atas Yaman pada aksi kedua kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

    (more…)

  • Piala Thomas: Malaysia Kecundang kepada China

    Piala Thomas: Malaysia Kecundang kepada China

    Skuad badminton Malaysia sekali lagi tunduk kepada kehebatan China apabila tewas tiga perlawanan berturut-turut.

    Liew Daren memberi kejutan apabila memenangi set petama ke atas Lin Dan, 17-21 sebelum tewas 21-9 dan 21-5.

    Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong tewas kepada beregu Cai Yun dan Fu Haifeng, 21-17 dan 21-18 dalam set kedua.

    Perlawanan ketiga anttata Hafiz Hashim dan Chen Long bermula sengit tetapi aksi longlai pemain Malaysia itu memberi kemenangan mudah 21-10 dan 21-11.

  • Harimau Malaya sedia kekang Taiwan

    Harimau Malaya sedia kekang Taiwan

    Malaysia lwn Taiwan

    Tepat jam 8.45 malam ini, pasukan kebangsaan kita akan menghadapi saingan hebat daripada Taiwan dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

    Menurut kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim dia dan rakan-rakannya sudah bersedia dari segi fizikal dan mental menentang asakan Taiwan.

    Memetik kata-kata beliau daripada Berita Harian, “Selama tujuh bulan lalu kami sekadar beraksi dalam perlawanan persahabatan dan ini peluang terbaik membuktikan kemampuan kami selepas kali terakhir menjulang Piala AFF Suzuki Disember, tahun lalu,” kata tonggak skuad Harimau Malaya itu.

    “Sasaran kami adalah untuk pergi sejauh mungkin dalam pusingan kelayakan ini dan mengekal rekod tanpa kalah sepanjang tahun ini. Memang kami tidak sabar untuk beraksi dalam perlawanan sebenar pertama selepas kejohanan peringkat Asia Tenggara tahun lalu.”

    (more…)

  • Video Gol Malaysia di Sukan Sea 2009

    Video Gol Malaysia di Sukan Sea 2009

    Berpunca daripada hantaran lintang Mohd Azmi Muslim, Safiq Rahim menyaksikan umpanannya terlepas daripada Zaquan Adha Abdul Radzak dan untungnya buat skuad negara, terkena kaki pertahanan Vietnam, Mai Xuan Hop sebelum masuk ke gawang Vietnam. Kejayaan itu, hadir selaku pingat emas ke-40 kontinjen Malaysia, adalah kali pertama membawa pulang pengiktirafan daripada gelanggang asing selepas kali terakhir dilakukan generasi pemain dikepalai Mokhtar Dahari di Jakarta pada 1989, 20 tahun lepas.

  • Tanggal 31 Ogos 2009

    Alhamdulillah, hari ini Malaysia menyambut hari lahirnya yang ke 52. Selamat ulang tahun kemerdekaan yang ke 52 untuk Malaysia. Seperti biasa, apa bila kita sebut bulan Ogos, sudah pasti lagu Tanggal 31 Ogos nyanyian Allahyarham Sudirman akan terngiang-ngiang di telinga kerana bulan Ogos amatlah sinonim dengan bulan menyambut kemerdekaan Malaysia.

    Tahun ini, 31 Ogos jatuh pada hari Isnin bersamaan dengan 10 Ramadhan 1430H. Sambutan dan perarakan kemerdekaan juga dipindahkan ke Dataran Parlimen, tidak lagi di Putrajaya atau Dataran Merdeka. Penularan wabak Influenza A H1N1 juga menjadi salah satu penyebab utama Kerajaan berusaha untuk meninimumkan kekerapan untuk berkumpul secara besar-besaran. Ringkasnya, Sambutan Kemerdekaan ke 52 pada tahun ini diadakan di Parlimen bersempena menyambut 50 tahun Parlimen Malaysia dan hanya 40 minit.

    Apa yang sedih pada tahun ini ialah kurangnya Jalur Gemilang dikibarkan di premis dan kenderaan seperti tahun-tahun sebelumnya. Adakah kerana beberapa faktor di atas, atau kurangnya kempen menjadikan keghairahan rakyat Malaysia untuk mengibarkan Jalur Gemilang berkurang? Adakah dengan hanya pemberian Jalur Gemilang secara percuma kepada pemilik kenderaan di lebuh raya utama akan memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan ini? Secara peribadi, Adam dapati cuma satu daripada 10 buah kenderaan yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan semasa ke Kuala Lumpur pada Jumaat lepas hanya memasang Jalur Gemilang di kenderaan masing-masing. Bagaimana dengan yang lain?

    Ok, cukup hal Jalur Gemilang. Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan ke-52 Malaysia. Semoga 1Malaysia akan menjadi ikutan rakyat dan pemimpin negara untuk terus membawa kepada kedaulatan dan keamanan di negara tercinta ini.

  • Sebelas Hadiah Mesra Rakyat untuk 1Malaysia

    Sempat menyelak akhbar dalam talian Kosmo tadi. Antara banyak-banyak berita, berita inilah yang menjadi perhatian. Bersempena dengan 100 hari menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat 11 pengumuman mesra rakyat, antaranya diskaun jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah serta tabung unit amanah baru untuk rakyat semua kaum.

    Berucap pada majlis ‘100 Hari Najib Bersama Rakyat’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Perdana Menteri berkata, untuk meringankan beban pengguna kad prabayar Smart Tag dan Touch ‘n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka layak diberi diskaun 20 peratus.

    Katanya, beliau pernah diberitahu oleh seorang pengguna jalan bertol yang terpaksa membayar tol lebih kurang RM300 sebulan manakala gaji bulanannya RM3,000, yang menurut Perdana Menteri: “Orang ini hanya mendapat gaji 11 bulan sahaja setahun, kerana gaji satu bulan lagi habis dibelanjakan untuk pembayaran tol setahun.”

    “Ini (diskaun) saya percaya akan memberi kelegaan kepada rakyat terutama yang menggunakan jalan tol setiap hari,” katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh lebih 5,000 hadirin di dalam dan luar pusat konvensyen itu.

    Antara lain yang mendapat sambutan hangat yang termasuk dalam Pengumuman Najib sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri ialah:

    1. Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.
    2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.
    3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.
    4. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.
    5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.
    6. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.
    7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.
    8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.
    9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.
    10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.
    11. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.