Tag: Kuala Perlis

  • Sosej Pulut dan Kek Ayam ‘Lokcin’ Sah Ada Unsur Babi

    Sosej Pulut dan Kek Ayam ‘Lokcin’ Sah Ada Unsur Babi

    Sosej Pulut dan Kek Ayam 'Lokcin' Sah Ada Unsur Babi

    Sosej pulut dan kek ayam (dikenali sebagai lokcin oleh penduduk setempat) dijual secara berleluasa di Bazar Ramadhan dan pesisir pantai Kuala Perlis disahkan mengandungi unsur babi dan tidak halal dimakan.

    Harian Metro melaporkan bahawa sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

    Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.

    (more…)

  • Sarapan Pagi di Jeti Kuala Perlis

    Sarapan Pagi di Jeti Kuala Perlis

    Alhamdulillah, pagi tadi selamat sampai di bumi Perlis. Sepatutnya turun di Stesen Bas Kangar, tapi terlajak sampai ke Stesen Bas Kuala Perlis.

    Sementara tunggu dijemput adik, singgah sarapan dulu di depan Jeti Feri Kuala Perlis. Ada 5 kedai makan di sini, tapi kedai paling sibuk dan ramai orang ialah kedai hujung. Selain selesa, saya dapati banyak menu ditawarkan selain daripada roti canai, nasi lemak, ada juga roti arab. (more…)

  • Makan Makan di Perlis

    Makan Makan di Perlis

    Hari ini saya terima satu rombongan dari Kuala Lumpur. Mereka yang saya maksudkan ialah Hadri Hamzah, Mohd Azamudin, Muhammad Fathi, Mohd Helmi dan Khairul Izzuan. Mereka kini sedang bercuti satu Malaysia dengan mengunjungi negeri-negeri di Utara dan Pantai Timur. Ikut plan, harini mereka berada di Perlis dan esok akan berada di Kelantan dan Terengganu.

    Mereka tiba di Jejawi sekitar jam 11.35 pagi dan dibawa ke Padang Besar untuk menikmati suasana beli belah yang tidak ada di tempat lain. Di Padang Besar, mereka boleh tawar menawar sehingga puas hati. Selesai, kami ke Hutan Lipur Bukit Ayer untuk menikmati deruan air dari Bukit Ayer bagi menghilangkan rasa letih. Kemudian kami menuju ke Kuala Perlis untuk menikmati angin kencang di sana. Dan, sebagai penutup majlis, kami ke Laksa Beras Kak Su Kuala Perlis.

    Betul, Perlis kaya dengan pelbagai jenis makanan. Di Padang Besar, kami kena 3 pinggan Pulut Ayam. Di Kuala Perlis, 7 pinggan Laksa, dan terlepas hidangan Pulut Udang. Kemudian Amzar dan Nashrul tiba, kami tibai lagi ikan bakaq dan sotong goreng tepung. Nikmat. Ronda dan Makan di Perlis.

    7 Laksa
    Mambau, Ais Krim, Fathi, Mambai & Amzar

    Ini acara sampingan. Sementelahan kedatangan Tengku Nashrul dan Amzar Anaqi di bumi Perlis, saya dan Hafiz Hakimi menggunakan peluang yang anda untuk terus makan ikan bakar. Lalu, inilah hasilnya. RM132.70.

    RM45
    Cuba teka ikan apa.
    Tembikai Gelas Besaq.

  • Bihun Sup & Pomen Moto

    Bihun Sup & Pomen Moto

    Harini merupakan hari kedua negeri Perlis dilanda hujan lebat. Kalau semalam tiada apa yang berlaku, hari ini palung air di rumah mengalami sedikit kerosakan. Namun, sawah di belakang rumah pasti akan menjerit kegembiraan apabila mereka mendapat air dan menyimpan sedikit air di dalam tanah liat berbanding tanah yang kering dan merekah beberapa hari sebelum ini.

    Peristiwa hujan lebat berakhir sekitar jam empat selepas selesai membuat sedikit kerja-kerja DIY di rumah dan Bugis mengajak makan petang (dibaca makan tengahari) di Mami. Mami ialah port lepak anak muda termasuk saya semasa zaman sekolah menengah hingga sekarang. Memandangkan sejak balik ke Kangar saya sekali pun tidak menjengah Mami dan Mak Ngah serta Pak Ngah di kedai, saya terus bergegas ke sana mendapatkan Bugis.

    Apa yang menjadi favourite di kedai ini ialah ais kacang dan bihun supnya. Murah dan sedap, itulah yang menggambarkan segala-galanya. Tapi versi bihun sup di sini ialah bihun sup putih dan bukannya bihun sup kuning yang biasa kita makan di sekitar Kuala Perlis. Bihun sup daripada kategori ini sangat berbeza dengan apa yang ada di Kuala Perlis dan berbeza sangat dengan Bihun Sup Ayam Fatin Corner. Saya akan review bihun sup itu kemudian. Total, RM 3.50.

    Selepas makan, kami ke Arau untuk berjumpa Anuar IT Services bagi mendapatkan upah kerja. Juga sempat ke C-Mart Arau Mall, tapi tiada gambar untuk tatapan anda. Menarik. Satu arus perubahan yang dibawa oleh Chin Hin Jitra.

    Setibanya di rumah, saya menggunakan kepakaran yang ada untuk mengubah clutch LC135 dengan memutar skru di handle bar. Mari saya ajar bagaimana untuk mengubah clutch dari clutch panjang ke clutch pendek.

    Apa yang perlu ialah ubah skru dengan playar dan ketatkan sehingga anda mencapai takat yang diinginkan. Sekian.