Tag: e71

  • iPhone + Celcom: Perabih Duit

    Bukan nak cerita buruk mana-mana pihak tapi nak cerita benda yang benar. Pengalaman menggunakan Apple iPhone dengan Celcom University of X (UOX) selama dua minggu telah menurunkan minat terhadap iPhone. Kalau sebelum ini beriya-iya nak guna iPhone, tapi selepas ini tidak lagi.

    iPhone adalah sebuah model telefon yang seni dan berteknologi tinggi. Telefon ini sesuai digunakan bersama plan data daripada mana-mana penyedia telefon tempatan. Oleh kerana sepanjang tempoh percubaan saya hanya menggunakan ‘prepaid’, hampir RM20 daripada kredit saya digunakan oleh iPhone tanpa sedar. Bahagian itulah yang membuatkan saya sedikit marah kerana dengan hanya beberapa SMS yang dihantar, hampir kering saya dibuatnya. Saya syak perisian ‘push Internet’ seperti tetapan MMS sering meminta untuk berhubung ke Internet selain daripada perisian permainan.

    Sebagai solusi, saya cuba beberapa perisian seperti Firewall iP dan menukar alamat tetapan MMS kepada alamat yang tidak dikenali. Cara ini tidak berjaya sepenuhnya. Ada sumber di Google menggalakkan pengguna menggunakan BossPrefs untuk menghalang iPhone mengakses Internet secara ‘push’. Saya juga menjalankan carian di Google cara untuk ‘Disable EDGE/3G’ kerana dipercayai simbol ini (terletak di sebelah nama operator) adalah isyarat bahawa iPhone sedang mengakses Internet.

    Jujurnya saya kagum dengan kebolehan dan teknologi yang ada pada Apple iPhone tetapi hanya sesuai dilanggan bersama plan data. Jika tidak, pepatah ‘Apple hanya memakan duit’ amat sesuai digunakan.

    P/S: Hati masih lagi sayangkan E71. Telefon yang bercirikan Push Internet masih lagi belum sesuai dipakai rasanya. Semua itu duit.

  • Kelebihan Opera Mini 5

    Kelebihan Opera Mini 5

    Pengguna tegar Internet melalui telefon bimbit pasti tidak asing lagi dengan perisian Opera Mini. Perisian pelayar Internet mudah alih ini terkenal dengan kelebihannya untuk memadatkan gambar, teks dan elemen web yang lain sebelum dipaparkan ke skrin untuk pelayaran yang lebih laju. Opera kini telah melancarkan Opera Mini 5 beta 2 yang mana banyak fungsi baru diperkenalkan untuk menjadikan pelayar mudah alih ini lebih mesra pengguna.

    tabbed-browsing-zoomdownload-manager-zoom

    Antara fungsi utama yang telah diperkenalkan ialah fungsi Tabbed Browsing. Fungsi ini akan membolehkan pengguna untuk menyusuri beberapan laman web dalam satu-satu masa. Fungsi ini pasti memudahkan pengguna apabila boleh menjalankan multi-tasking. Fungsi kedua yang menarik perhatian ialah Download Manager, berfungsi menyenaraikan fail yang sedang dan selesai dimuat turun dengan penunjuk peratusan. Speed Dial dimajukan dengan menyediakan ‘thumbnail’, berbanding versi Opera Mini 4 yang hanya menyediakan Speed Dail berbentuk teks. Pengguna boleh menyelaraskan pautan daripada PC ke Mobile anda dengan menggunakan Opera Link. Jadi, anda masih boleh melayari senarai laman web kegemaran anda di Mobile anda.

    Fungsi lain yang dimajukan untuk Opera Mini 5 adalah seperti kelajuan dipertingkatkan kepada 90%, pengurus kata laluan, tetapan paparan Mobile dan banyak lagi. Anda boleh terus memuat turun versi beta 2 di pautan http://m.opera.com/next atau muat turun ke PC anda sebelum dipindahkan ke mobile. [via Opera]

  • Selepas Raya 1429H

    Selepas Raya 1429H

    Assalamualaikum WBT.

    Sedikit Entri selepas raya tahun 1429 Hijrah. Raya ini dirasakan seperti sesuatu yang berbeza dengan raya lepas. Mungkin kerana faktor umur yang sudah mengakhiri belasan tahun. Mungkin.

    Raya pertama Adam pada tahun ini dihabiskan bersama keluarga di kampung. Pada awal pagi selepas sembahyang sunat Aidilfitri, Adam dan keluarga ke Padang Siding untuk menziarah Tok dan sepupu di sana. Juga, selepas itu Adam ke rumah Pak Long Li kerana Mak Long menyediakan mi kari untuk tetamu yang bertandang ke rumah. Pada tengah harinya Adam ke rumah Tok Wan di Behor Mempelam. Ramai yang ada di sana. Keluarga Pak Njang Nasir pun beraya di sini. Pada sebelah petangnya, empat buah keluarga Mak Teh bertandang ke rumah dan kesempatan itu diambil untuk bertanya khabar kerana hampir tidak kenal ‘orang jauh’ mungkin kerana sebelum ini Adam mengamalkan sikap tidak endah sahaja. Tapi sekarang Adam perlu kenal mereka, bukannya orang lain. Ada pertalian darah antara kami.

    RS Family di Hari Raya

    RS Family di Hari Raya

    (more…)