Tag: england

  • Three Lions singkir Sweden

    Percaturan memasukkan Theo Walcott menjadi titik tolak kemenangan England apabila menjaringkan gol selepas tiga minit selepas dimasukkan selain menjadi penggerak kepada gol kemenangan yang disudahkan Danny Welbeck.

    England menamatkan separuh masa pertama dengan mendahului 1-0 menerusi tandukan deras Andy Carroll pada minit ke-23 tetapi Sweden bangkit untuk menyamakan kedudukan hasil daripada kesilapan Glen Johnson yang tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-49 ketika cuba mengeluarkan sepakan Olof Mellberg.

    10 minit selepas itu, pintu gol England bocor lagi daripada situasi bola mati dan kali ini lonjakan Melberg memastikan jaring England bergegar.

    Roy Hodgson menukar percaturannya dengan membawa masuk Walcott bagi menggantikan James Milner pada minit ke-61 sehingga mengubah suasana perlawanan dan dia membuktikannya kehadirannya dengan gol dari luar kotak penalti.

    Kelincahannya di sayap kanan sering memerangkap pertahanan dengan kelincahannya dan dengan kelebihan itu dia menyusup ke kotak penalti yang membawa kepada gol kemenangan England.

  • (Gambar) Ford Focus Dapat Sentuhan Seni Pelukis Jalanan di UK

    (Gambar) Ford Focus Dapat Sentuhan Seni Pelukis Jalanan di UK

    (Gambar) Ford Focus Dapat Sentuhan Seni Pelukis Jalanan

    Enam pelukis jalanan dibawa ke Glasgow Citi Centre bagi mencurahkan idea seni mereka ke atas sebuah kereta Ford Focus baharu. Kumpulan pelukis yang terdiri daripada Lyken, FiST, Syrkus, Rue 5, Death Rattles dan Al White meluangkan enam jam menghasilkan hasil seni yang akan dipersembahkan dalam pameran Ford Centenary Tour.

    Ford Centenary Tour merupakan pameran mempromosikan sejarah unik Ford di UK dan perancangan masa depan mereka. Jelajah ini akan melawat lebih 20 lokasi di UK termasuk pengedar Ford, pelanggan dan peminat.

    (more…)

  • (VIDEO) Perbezaan United Kingdom, Great Britain dan England

    (VIDEO) Perbezaan United Kingdom, Great Britain dan England

    (VIDEO) Perbezaan United Kingdom, Great Britain dan England

    Ada antara kita yang musykil bila rakan kita berkata nak ke United Kingdom (UK) dan ada yang kata nak ke England. Dimana sebenarnya terletak United Kingdom dan England dan siapa pula Great Britain? Mana satu yang betul? (more…)