≡ Menu

Lions Benam Terengganu, Kelantan Hampiri Persada

Sepanjang 90 minit perlawanan agak membosankan dengan beberapa serangan yang dilakukan oleh kedua dua pasukan. Namun, Lions XII berjaya mencuri 3 mata daripada Terengganu selepas Sufian Anuar menjaringkan gol pada minit minit akhir perlawanan melalui gerakan cantik dari kanan padang.

Kelantan ketinggalan 6 mata di belakang Lions XII berjaya merapatkan jurang selepas menewaskan Kuala Lumpur di tempat sendiri, 1-0 hasil jarimgam Mohamad Ghaddar Mohamed pada minit ke-60 menerusi sepakan penalti.

Arena.my melaporkan Selangor mencatat kemenangan besar apabila mengalahkan T-Team 5-0 di Stadium Shah Alam. Gol Selangor hadir seawal minit kelima hasil jaringan penalti yang dijaringkan oleh Mohd Safiq Rahim sebelum pemain import Selangor, Ramez Jamal Dayoub menggandakan jaringan pada minit ke-45.

Bosko Balaban kemudianya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-63 diikuti oleh R.Surendren pada minit ke-85 dan Mohd Fitri Shazwan Raduwan menambah duka T-Team dengan gol kelima pada minit ke-90.

Pasukan berstatus kelab, Selangor PKNS turut mencatat kemenangan besar apabila menewaskan Sabah 4-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Gol PKNS dijaringkan oleh Mohd Nizaruddin Yusoff pada minit ke-45, Mohd Helmi Remeli (64), Rudie Ramli (66) dan Mohd Fadhli Mohd Hashim pada minit ke-80.

Sementara itu, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan menang selesa 3-1 ke atas Sarawak, Gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Shahurain Abu Samah pada minit ke-32, Mohd Alif Shamsudin (50) dan Jean Effa Owona (54) manakala gol saguhati Sarawak disumbangkan oleh Khairul Azhar Eidros pada minit ke-56.

Di Stadium Perak, Ipoh, Perak menewaskan Felda United 2-1 dan Johor FC mengatasi Kedah 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3