Tag: keputusan liga super

  • Lions Benam Terengganu, Kelantan Hampiri Persada

    Sepanjang 90 minit perlawanan agak membosankan dengan beberapa serangan yang dilakukan oleh kedua dua pasukan. Namun, Lions XII berjaya mencuri 3 mata daripada Terengganu selepas Sufian Anuar menjaringkan gol pada minit minit akhir perlawanan melalui gerakan cantik dari kanan padang.

    Kelantan ketinggalan 6 mata di belakang Lions XII berjaya merapatkan jurang selepas menewaskan Kuala Lumpur di tempat sendiri, 1-0 hasil jarimgam Mohamad Ghaddar Mohamed pada minit ke-60 menerusi sepakan penalti.

    Arena.my melaporkan Selangor mencatat kemenangan besar apabila mengalahkan T-Team 5-0 di Stadium Shah Alam. Gol Selangor hadir seawal minit kelima hasil jaringan penalti yang dijaringkan oleh Mohd Safiq Rahim sebelum pemain import Selangor, Ramez Jamal Dayoub menggandakan jaringan pada minit ke-45.

    (more…)

  • Keputusan Liga Super 28 Januari 2012

    Keputusan Liga Super 28 Januari 2012

    Malam ini, tamat enam perlawanan Liga Super ke lima bagi semua pasukan. Kelantan mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu selepas menewaskan Kuala Lumpur dengan jaringan 3-0 di Kota Bharu.

    Terengganu mengekori rapat di tangga kedua selepas menewaskan Lions XII, 1-0 di Stadium Jalan Besar. Kedah masih dihimpit kemerosotan apabila tewas kepada Johor FC walaupun berjaya menamatkan kemarau gol oleh Khyril Muhymeen selepas 442 minit perlawanan, 1- 3.  Keputusan lain seperti grafik yang disediakan oleh Bola Sepak Malaysia.

    Keputusan Liga Super 28 Januari 2012

  • Keputusan Perlawanan Pertama Liga Super 2012: T-Team Mendahului

    Keputusan Perlawanan Pertama Liga Super 2012: T-Team Mendahului

    Keputusan Perlawanan Pertama Liga Super 2012: T-Team Mendahului

    Juara bertahan, Kelantan membuka saingan Liga Super dengan mencatatkan kemenangan tipis 2-1 menewaskan pendatang baru pasukan Lions XII (skuad bawah 23 tahun Singapura) pada perlawanan pembukaan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini. Pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain pertahanan, Baihakki Khaizan pada minit ke-33.

    Namun kegembiraan pasukan Lions XII tidak bertahan lama apabila penyerang berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-45 dan pemain import dari Lubnan, Mohammed Ghaddar memastikan pasukannya membawa pulang tiga mata menerusi jaringan penalti pada minit ke-80.

    Selain Kelantan, pasukan Felda United, Sarawak, Perak, T-Team dan Johor FC turut mengutip tiga mata setelah berjaya menewaskan lawan masing-masing pada saingan awal liga malam ini.

    (more…)