Tag: Renungan

  • Jangan Bantu Syaitan Rosakkan Saudaramu

    Jangan Bantu Syaitan Rosakkan Saudaramu

    Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

    INDONESIA-ACEH-CANINGSaya hanya sempat mengikut dari jauh isu dan secebis ‘hukuman sebat ke atas peminum arak’ di Pahang. Banyak juga email mengenainya meminta saya mengulas isu tersebut, termasuk email seorang tokoh politik dan ahli Parlimen ternama. Banyaknya urusan menjadikan saya ‘ketinggalan bas’ kebelakangan ini. Rasanya, sikap rela model berkenaan patut dipuji.

    Ya, arak itu haram di sisi Islam, tiada siapa pun yang beriman berbeza pendapat mengenainya. Namun apabila hukuman ke atas pesalah itu dilaksanakan, ia membabitkan dua aspek utama; pertama, hukuman yang dikenakan, kedua, individu yang dihukum.

    Para sarjana hukum, walaupun ramai yang berpendapat kesalahan minum arak di bawah hudud, mereka berbeza pendapat pula tentang jumlah sebatan. Ini kerana al-Quran tidak menyebut hukumannya, cuma hadis ada menunjukkan dipukul empat puluh kali.

    Namun pada zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a. beliau berbincang kadar hukuman tersebut, lalu beliau menerima pandangan ‘Abd Rahman bin al-‘Auf untuk melaksanakannya sebanyak lapan puluh kali (lihat: Riwayat Muslim).

    Tindakan Khalifah ‘Umar ini menyebabkan sarjana berbincang apakah hukuman untuk peminum arak ini hudud atau takzir (discretionary punishment)? Ini kerana jika ia hudud, sepatutnya, tidak ditambah. Apatahlagi, Nabi s.a.w semasa melaksanakan hukuman ini tidak pula menjelaskan apakah ia hukuman yang ditetapkan oleh Allah (hudud) atau ia hanya ketetapan pemerintahan berdasarkan kepada keperluan (takzir).

    (more…)

  • Perhubungan Sihat dan Tidak Sihat

    Perhubungan Sihat dan Tidak Sihat

    Salam. Hari ini seperti hari-hari sebelum. Yang bezanya cuma Adam dan rakan ke Stadium Negara dan Rumah BP di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur menghadiri Taklimat Perhimpunan Pengakap Malaysia Sempena 100 Tahun Berpengakapan 2009. Mari, kita kongsi sikit maklumat cinta tentang “Perhubungan Sihat Dan Tidak Sihat” dalam percintaan. Baru Adam tahu bahawa ‘busybody’ adalah dikategorikan sebagai yang tidak sihat ya.

    (more…)

  • Wudhuk yang Sempurna

    Seringkali setiap amalan yang kita lakukan terasa serba kekurangan dan tidak mendatangkan kepuasan jiwa, lebih-lebih lagi apabila melaksanakan ibadah-ibadah fardhu seperti solat lima waktu. Kemungkinan besar kita tak ambil perhatian tentang wudhuk kita. Bagaimanakah wudhuk kita boleh dikategorikan sebagai wudhuk yang sempurna?

    Pertama, niat kita mengambil wuhduk adalah kerana Allah SWT. Setiap daripada siraman air yang mengenai anggota badan hendaklah disertakan dengan hati yang mengingati bahawa Allah SWT sedang melihat kita. InsyaAllah wudhuk kita akan memberi kesan menyeluruh untuk diri kita.

    Kedua adalah berkaitan dengan kualiti dan kuantiti air yang digunakan. Pengunaan air yang mutlak lagi suci amatlah digalakkan.  Kita juga ditegah untuk mengamalkan pembaziran air semasa berwudhukkerana perbuatan ini menghampiri perasaan was-was dalam ibadat yang mana golongan ini terbelit dengan tipu daya syaitan.

    (more…)

  • Kisah Ikan

    “Jika kamu memancing ikan… setelah ikan itu terlekat di mata kail… hendaklah kamu mengambil terus ikan itu… janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja… kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu… dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

    Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang… setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya… janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja… kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu… dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…”

    Jadi bagaimana? Jika hati kata mahu, teruskan dan jangan sampai orang lain memberi harapan yang kita tidak mahu menyahutnya. Jika tidak, katakan tidak di awal-awal perhubungan agar tidak ada antara mereka yang akan merana.

  • Tempat jatuh lagi dikenang

    … inikan pula orang yang pernah disayang. Memang tepat seperti apa yang dikatakan oleh orang tua dahulu. Setiap perasaan cinta yang pernah tertitik di atas hati memang sekali amat sukar dipadamkan. Hari demi hari berlalu, bulan bersilih ganti, masa terus berjalan tetapi perasaan sayang itu masih ada di hati ini.

    Entri ini bukan untuk apa, cukup sekadar untuk meluahkan apa yang terbuku dihati. Ketika kesepian keseorangan di serambi level, Adam asyik terkenangkan akan peristiwa ini. Kenangan manis yang pernah kami cipta bersama. Walau tidak selayak cinta Shah Jehan dan Mumtaz, cukup sekadar untuk menyatakan yang hati ini pernah dimiliki suatu tika dahulu.

    Kini, semuanya tinggal kenangan belaka. Tiada apa yang tinggal, cuma parut luka lama yang pernah memeritkan hati ini walau dengan penuh kerelaan. Hati ini ingin saja kembali gembira seperti dulu bersama dengan mereka yang pernah disayang. Hati ini ingin menyatakan yang Adam menyesal untuk perpisahan itu.

    (more…)