
Menjelang Ramadhan yang akan menjelang lebih kurang tujuh hari lagi, rakan sefakulti saya, Muhammad Iqbal berkongsi satu tips untuk menghabiskan satu juzuk al-Quran dalam masa satu hari. Sedikit formula ringkas bagi perkongsian ini.
Satu juzuk al-Quran secara puratanya mempunyai lebih kurang 10 helai. Sepuluh helai ini dibahagikan kepada lima iaitu waktu solat kita. Jadi, setiap kali selesai solat, kita perlu membaca sekurangnya dua helai.
