Tips Penjagaan Yamaha Majesty YP250

Yamaha Majesty YP250

Sebentar tadi ditegur oleh seorang pengguna Yamaha Majesty YP250, Bro Shaiful melalui Yahoo Messenger. Beliau merupakan orang kuat kepada Majesty Riders Club (MRC). Sempat bersembang panjang bersama beliau berkenaan hal-hal penjagaan Yamaha Majesty YP250 atau Yamaha Majesty ini. Antara topik yang disentuh ialah mengenai Tips Penjagaan Yamaha Majesty YP250. Antara yang perlu diberi perhatian ialah:

  1. Sparepart Yamaha Majesty YP250 boleh didapati secara meluas daripada kedai-kedai peralatan motor di Kien Heng Motor, Jalan Pahang; Standard NKS Jalan Pudu dan Tanjung Sepat.
  2. Coolant perlu dijaga dan ditukar sekurang-kurangnya setahun sekali.
  3. Minyak enjin yang disarankan ialah Motul Scooter 1200ml. Lebihan minyak enjin boleh mengakibatkan leaking minyak atau gasket pecah.
  4. Penggunaan bateri third-party boleh mengakibatkan kerosakan pada coil charging atau rectifier.
  5. Penggunaan lampu HD tidak digalakkan kerana boleh mengakibatkan bateri cepat flat.
  6. Tayar yang disarankan ialah Bridgestone Hoop 130/70/20 (RM220) untuk tayar belakang dan 110/90/12 (RM200) untuk tayar hadapan.

Untuk maklumat lanjut mengenai MRC atau ingin mendapatkan khidmat bantuan sebarang servis Yamaha Majesty YP250, anda boleh menghubungi Saudara Shaiful dengan menyertai forum MRC di Autoworld.com.my : Yamaha Majesty.

Comments

25 responses to “Tips Penjagaan Yamaha Majesty YP250”

  1. Azah Avatar

    aku tak tau langsung pasal motor…
    eh…jap…
    Yamaha Majesty YP250 tu motor la kan?
    huhu….

  2. Adam Avatar

    Azah: aku tak tau langsung pasal motor…
    eh…jap…
    Yamaha Majesty YP250 tu motor la kan?
    huhu….

    Haha. Takkan nak pump angin pun tak pandai kot? Mesti boleh kan.. Kira oke la tu.. ;)

    Ya, Majesty ialah skuter.

  3. gegaq Avatar
    gegaq

    oit..
    yamaha majesy..
    apa lagi pantang dia kena jaga?

  4. Adry Avatar

    aku tau guna motor jak… hehehe

  5. Adam Avatar

    gegaq: oit..
    yamaha majesy..
    apa lagi pantang dia kena jaga?

    Minyak hitam setiap 1000KM tukaq la. Coolant jaga. Enjin kena rajin start takut bateri weak.

  6. aman Avatar

    aku baru tgh blaja bawak moto..hehe

  7. Adam Avatar

    Adry: aku tau guna motor jak… hehehe

    Jaga motor penting takut nanti dia buat hal. Hehe.

  8. Adam Avatar

    aman: aku baru tgh blaja bawak moto..hehe

    Halo Abg Aman! Lama tak menjenguk ke sini.
    Eleh, takkan baru belajar kot. Belajar bawak 1400CC la neh. ;)

  9. adol Avatar

    ada ke moto nie, aku x penah dgr pun… huhuhu

  10. Adam Avatar

    adol: ada ke moto nie, aku x penah dgr pun… huhuhu

    Ada, tapi rare la kat Malaysia ni. Haha. Yamaha dah tak keluar lagi dah.

  11. baloot Avatar

    Adam, motor ni amat jarang ditemui kan?
    Nitro pun ada jugak motor yang tiru macam Yamaha Majesty ni rasanya. Betul x?

    CC dah besar, tapi body lak aku tak berkenan dengan moto ni. Nak cilok susah r. Kalau Gilera tu ok jugak. LOL.

  12. Adam Avatar

    baloot: Adam, motor ni amat jarang ditemui kan?
    Nitro pun ada jugak motor yang tiru macam Yamaha Majesty ni rasanya. Betul x?CC dah besar, tapi body lak aku tak berkenan dengan moto ni. Nak cilok susah r. Kalau Gilera tu ok jugak. LOL.

    Hihi. Gilera kalau duit tebal orait ah ;) Glemer sikit. Yamaha apa class kan? Tapi motor ni tetap terbaek lah. Nak bela pun costing jugak.

    Ya, Nitro dan Modenas. Elegan tu klon kepada Majesty mungkin. Ramai pakai Elegan sebab sedap. Motor ni memang sedap kalau nak jalan jauh. :)

    Sekarang kalau nak jumpa motor ni kat kedai pun susah, dah tak kilang lagi dah. Ganti model Majesty 400CC.

  13. hashim Avatar
    hashim

    berapa rm nak tukar belting majesty?
    dan setiap berapa km kena tukar?

    1. junkiee Avatar
      junkiee

      belting ori = RM3++
      kevlar malossi = rm4++

      ketahanan = 1 tahun (atau lebih)

      begantung pada pulasan jari kanan anda…

      moto ni susah nak jumpa kat jalan mesia..lau ade pon pasal saki baki yang terselamat dari malaysia gawat dulu…(lau tak gawat, motor ni senang ar nampak kat jalanraya)

      sebagai pengguna majesty tegar, motor ni tak sesuai utk yang tak hati kering tengok rege sparepartnye…sebab kepuasan bawak majesty ni..mmg berbaloi…hahahaha

  14. junkiee Avatar
    junkiee

    hashim : belting tu jenis mitsuba…rege dalam rm3++

    ade gak yang serat lebih tapi tahan 3~6 bulan aje..satu lagi cons dia..makan primary sheave majesty ni…mangkuk tu kene jaga, once dia haus…makan beribu nak replace balik wooo!

    tapi lau nak sedap jenis kevlar malossi..rege dalam rm4++

    tempoh hayat dia dalam 1 tahun lebih…(begantung pada pulasan minyak tu jugak) lau belai lembut, lagi lama dia tahan, lau ari ari dok “rogol” dia…dalam setahun tu, check takut ada hairline pada belting…bleh check masa servis minyak itam, slalunye pomen yamaha akan check smua…lau ada faulty skit dorang akan bagitau…

    tapi yang best motor ni…long distance…comfort..siap bleh bersila sambil menunggang..hahaha!

    sparepart takdelah cekik macam motor jenama itali..cuma kene pandai carik, tanya orang dan survey..hehehe

  15. fadzil Avatar

    salam…semua komen dari saudara saiful adalah benar….majesty sesuai dgn nama nya…ada harga ada kelas.

  16. aqil mikail Avatar
    aqil mikail

    salam tuan,
    hamba nak minta bantuan n pandangan
    kat mana tmpt service majesty yg otai?
    Sparepart kat mana boleh didapati?
    Hamba mencari cover lampu brake n signal belakang, cover signal dpn, visor n mudguard
    klau ada tuan2 yg ada barang2 ni

    roger hamba yer 0122484161

  17. ginasir Avatar
    ginasir

    Abg ada motor yamaha majesty yp250 tapi dah rosak block piston serta crank shaft rosak disebabkan anak saya pakai tak periksa minyak hitam kering dimana abang bolih dapatkan alat ganti kalau ada yang alat ganti terpakai pun bolih dan berapa agaknya harga tersebut;

    1. naz Avatar
      naz

      kalau nak jual call saya.

  18. naz Avatar
    naz

    Salam. sesiapa yg nak jual yamaha majesty dalam keadaan apa sekalipon saya berminat nak beli. Kerana motor saya engine dah pecah minyak itam kering. Saya memerlukan moto scrap utk dibuat sparepart agar dpt restore muto saya. 0.1.2.2.2.1.7.0.7.4. TQVM

    1. A.T.S Avatar
      A.T.S

      saudara naz boleh cuba dapatkan di NKS Jalan Ipoh…disitu masih boleh dapat sparepart Majesty..saya pon kengkadang pegi kesana kalau tempat lain tak ada stok

  19. Lloyd Sinsua Avatar
    Lloyd Sinsua

    salam semua

    saya sedang cari clutch roller (8 biji- Yamaha Genuine) dan drive belt (Yamaha Genuine) untuk majesty saya tahun 1998.

    Jika sesiapa tau di mana tempat ada part tersebut sila hubung saya melalui emel lloydsinsua@gmail.com

    Terima Kasih kalian

    Slamat Hari Raya Aidil Fitri

  20. minami Avatar
    minami

    maaf sy nak tanya. sy br guna majesty 250. belting dah koyak berbulu. kat kedai mana senang cr? d perlis x ada parts

    1. A.T.S Avatar
      A.T.S

      dulu saya beli di mudah…ada seorang budak melayu bawak dari singapore ..tapi saya dah lupa no contact beliau…kalau di perlis, cuba tuan carik di sebelah sempadan sana..dengar kata kalau tiada stok di singapore dorang amek di thailand..atau kalau tuan rajin datang kl, sila refer website ni..

      http://www.nkssentul.com.my/v1/index.php

  21. nizuaisham Avatar
    nizuaisham

    hmmm… agak2nya masih ramai ker pengguna tegar majesty nie di lembah klang…?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *