Belum sempat Pengetua Akademi Fantasia 7, Datin Tiara mengumumkan juara Akademi Fantasia 7, Adam awal-awal lagi telah mengaku bahawa Adam adalah pemenang untuk musim ini. Tahniah kepada Adam!
Update: Datin Tiara menarik balik kemenangan Adam dan memberi kepada Hafiz. Tahniah!
KUALA LUMPUR 16 Mei – Tiada kejutan – seperti yang dijangka Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 19, atau mesra dengan panggilan Hafiz muncul sebagai juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) dalam konsert akhir yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil dekat sini malam ini.
Melontarkan kekuatan vokal, Hafiz berjaya menafikan cubaan Ismaliza Ismail (Isma) dalam mengekalkan penguasaan pelajar wanita selaku juara yang sebelum ini dimiliki Stacie Angie Anam (Stacy) melalui AF6 dan Noorsyarmilla Jirin atau Mila (AF5).
Malah, impian Khairil Azam Pilus atau Aril untuk mengulangi kejayaan Asmawi Ani (Mawi) yang pernah tersingkir dan bergelar juara sebaik dibawa memasuki semula ke dalam AF3, nyata tidak mampu dilakukannya selepas disekat dengan persembahan memukau Hafiz.
Aril, 24, merupakan bekas pelajar yang disingkirkan selepas mendapat kedudukan tercorot di minggu ketujuh dan menyertai semula akademi menerusi undian AFMASUK manakala Isma, 30, satu-satunya pelajar wanita yang berjaya melangkah ke konsert akhir AF7.
Kemenangan Hafiz selaku pelajar Sarawak pertama bergelar juara dalam siri saingan Akademi Fantasia itu membolehkannya membawa pulang wang tunai RM20,000 tajaan Astro.
Sementara itu, Aril, pelajar berasal dari Kuala Lumpur, menduduki tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM10,000 tajaan Astro.
Tempat ketiga dimenangi Afiq Hakim Ahmad (Akim), 18. Pelajar bernama Mohd. Yazid Kamal Ibrahim, 22, dan Isma pula masing-masing menduduki tangga keempat dan kelima.
SUMBER: Hafiz juara Akademi Fantasia 7
Other articles you might like;