Tag: yamaha majesty

  • Yamaha YP 250 Majesty Service Manual

    Sebulan lebih rasanya skuter ni tak dapat berjalan sebab masalah bateri, asyik-asyik bateri. Kalau dalam posting sebelum ni bateri dah ditukar, kali ini sekali lagi ditukar. Mungkin ada banyak sebab kenapa skuter ni asyik flat-kan bateri, salah satunya ialah sistem wiring yang uzur, mungkin. Jadi kalau-kalau anda sedang mencari buku panduan servis untuk Yamaha Majesty YP250, sila klik pautan ini untuk download. Sedihnya, bahasa German.

    (more…)

  • Bateri Baru

    Bateri Baru

    Dalam ingatan saya, hari ini masuk tahun kedua saya menukar bateri bagi jentera berat ini. Memang masalah bateri kerap berlaku bagi skuter model ini. Dalam kekalutan untuk menyipakan diri bagi pendaftaran di Shah Alam minggu depan, skuter ini sekali lagi buat hal. Untuk rekod, bateri ini dibeli di Peng Chooi Motor, RM90.

  • Fairlady di Kangar

    Fairlady di Kangar

    Melilau di Kangar pada petang hari merupakan suatu yang rutin pada zaman cuti yang panjang ini. Bosan dengan tiada aktiviti khusus menjadikan saya seperti seorang kuntar yang tergolong dalam kategori merisaukan. Selepas selesai beberapa urusan bersama Amran Ali termasuk makan tengahari di Pizza Hut Kangar, ke kedai ‘persenta kong’ Ah Soon di Taman Kemajuan, saya ke Bee Aik Kangar untuk satu tujuan. Memandangkan bacaan meter Majesty saya sentiasa 0 mph dan lampu minyak enjin yang sentiasa berkelip, saya ke sana untuk menjalankan servis berkala.

    Seperti apa yang dijangkakan, mereka dan kedai motor sekitar Perlis langsung tiada menyimpan stok untuk kabel brek Yamaha Majesty YP250. Sebelum ini ada meminta bantuan En Shaiful untuk mendapatkan harga barangan tersebut, tapi kedai tersebut masih gagal  dihubungi. Lalu, dengan kepakaran yang ada mereka menggantikan kabel meter Yamaha Virago untuk Yamaha Majesty. Prestasinya cemerlang. Selesai servis, kuda besi ini dipercayai bergerak dengan lebih lancar.

    Apa yang menarik perhatian di kedai tersebut ialah sebuah Nissan Fairlady 350Z yang diparkir di belakang kedai. Kata Amran, beli kereta mahai mahai parking bawah pokok pisang. Terbaik.

    Menurut sumber yang boleh dipercayai, kereta ini adalah milik tokey Bee Aik Motor. Sebelum ini beliau menggunakan (dibaca menaiki atau memiliki) sebuah Toyota Silvia. Kemudian menaik taraf kepada Nissan Skyline R35 sebelum menggunakan Nissan Fairlady ini. Baguslah, sekarang dah ramai anak muda di Perlis segak bergaya dengan kereta sukan mereka. Saya menanti rakan-rakan terdekat untuk menyambar satu. Boleh merasa naik kereta sukan.

  • Tips Penjagaan Yamaha Majesty YP250

    Tips Penjagaan Yamaha Majesty YP250

    Yamaha Majesty YP250

    Sebentar tadi ditegur oleh seorang pengguna Yamaha Majesty YP250, Bro Shaiful melalui Yahoo Messenger. Beliau merupakan orang kuat kepada Majesty Riders Club (MRC). Sempat bersembang panjang bersama beliau berkenaan hal-hal penjagaan Yamaha Majesty YP250 atau Yamaha Majesty ini. Antara topik yang disentuh ialah mengenai Tips Penjagaan Yamaha Majesty YP250. Antara yang perlu diberi perhatian ialah:

    (more…)