Tag: Honda EX5

  • Honda EX5 ada pengganti

    Motosikal kapcai menerusi model ikonik Honda EX5 akan ditamatkan pengeluarannya pada 31 Disember ini selepas berjasa hampir 26 tahun kepada masyarakat Malaysia.

    Model ikonik itu berkubur selaras dengan arahan Kementerian Pengangkutan bagi mematuhi panduan Forum Sedunia untuk Pengharmonian Peraturan Kenderaan (WP.29) yang bersidang di bawah Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Eropah (UNECE).

    (more…)

  • EX5 yang Sakit

    EX5 yang Sakit

    Cukup separuh bulan Mac, kaki yang banyak berbakti sakit lagi. Awal bulan lepas kunci buat cerita apabila dipercayai objek tidak dikenalpasti cuba dimasukkan untuk tujuan yang mencurigakan. Motor oldskool macamni panas di pasaran gelap.

    Untuk rekod, ignition key ditukar dengan kunci berbentuk bunga. Hari ini tali brek ditukar selepas satu ‘kemalangan’ kecil.

    P/S: Motor legend ni lah yang digunakan untuk ke tadika kecik kecik dulu. Selepas hampir 20 tahun masih hebat beraksi. :)