Tag: Dinar Kelantan

  • Jom Beli Dirham!

    Jom Beli Dirham!

    Dinar Kelantan

    Ini adalah entri pengenalan tentang Dirham. Untuk maklumat lebih lanjut tentang Dinar dan Dirham, anda boleh baca di laman web rasmi World Islamic Mint, di sini.

    A chicken at the time of the Prophet, salla’llahu alaihi wa sallam, cost one dirham; today, 1,400 years later, a chicken costs approximately one dirham.

    In 1,400 years inflation is zero. Could we say the same about the dollar or any other paper currency in the last 25 years?

    In the long term the bimetallic currency has proved to be the most stable currency the world has ever seen. It has survived, despite all the attempts by governments to transform it into a symbolic currency by imposing a nominal value different from its weight.

    Jadual di bawah menunjukkan kenaikkan nilai Dirham dalam sebulan dimana harga paling tinggi sehingga hari ini ialah RM 27 dan paling rendah ialah RM 23 pada 15 Mac 2011. Jika anda beli pada 25 Mac bulan lepas, bermakna anda telah pun untung RM4 untuk bulan ini. Kira-kira mudah ini sebenarnya menguntungkan walaupun tidak sebesar nilai keuntungan harga emas.

    (more…)

  • Tukar MYR kepada Dinar Emas

    Tukar MYR kepada Dinar Emas

    Selepas menukar matawang US Dolar kepada Ringgit Malaysia, inilah fasa terakhir untuk menjamin wang anda daripada inflasi. Bagaimana? Saya membeli satu dinar emas 4.25 gram 916 karat keluaran Public Gold untuk simpanan.

    Untuk pengetahuan, Public Gold ialah syarikat yang pertama di Malaysia yang diberikan lesen untuk memproses dan menjual emas dan perak di Malaysia selain Maybank dan mereka telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.

    Bagaimana membeli dan menyimpan emas dapat menjamin masa depan? Konsepnya emas ialah komoditi yang nilainya akan sentiasa meningkat. Saya ambil contoh satu keping dinar emas dijual pada harga RM600 pada awal 2011. Hari ini selepas empat bulan harganya mencecah RM660. Secara logik, saya sudah untung RM60 berbanding kerugian RM30 apabila menyimpan not dolar Amerika. Anda perlu ingat nilai matawang akan sentiasa susut akibat inflasi!

    P/S: Simpan dinar banyak banyak dah boleh terus buat hantaran perkahwinan nanti :)