Benarkah Hotlink Hot Tiket benar benar menjimatkan? Bagi sesetengah individu akan menjawab ya dan ada yang tidak bergantung kepada cara penggunaan individu.
Bagi saya, saya terpaksa menggunakan Hot Tiket kerana kredit saya akan ditolak oleh aplikasi push internet yang sepatutnya tidak ditolak kerana melanggan perkhidmatan Internet. Ini satu kebocoran yang ramai tak perasan. Saya pernah telefon untuk mengadu tentang keghaiban kredit, tetapi jawapan yang diberikan mengecewakan. Kredit yang ditopup hanya boleh diperiksa selepas dua jam. Saya minta operator telefon saya, tapi tiada ditelefon pun. Sampah!
Panggilan yang dibuat cuma 31 saat tetapi di cas untuk 60 saat. Kelongsongan (kebocoran?) yang ramai tidak perasan atau saja saja buat tak perasan. Dalam diam pembekal perkhidmatan ini mencuri duit anda sebenarnya. Merepek ke?
P/S: Bila kita mula nak tuntut hak, ada saja alasan. Adat promosi nak mega, tapi sebenarnya tak sama dengan apa yang dinyatakan. :)
Other articles you might like;
aku rasa macam membazir topup hot ticket..
Kalau dah Active5, rasa rugi sangat kan bang.
Korang nie jangan salah faham ye…
Cuba pi try link kat sini…
http://azachiaki.wordpress.com/2010/09/02/ramadhan-hot-ticket/
Pas baca jangan lah komplen lagi pasal hal Hot Ticket nie..
Ayat mamat tuh kata..
“Hot Ticket ni bukan bagi kredit kat korang tapi bagi MASA BERBUAL and SMS!”
Setuju. Tapi cuma tak kena cara. Dalam kertas topup bukan main nak tunjuk Hot Tiket ni hebat, bagi 120 minit masa berbual. Marketing strategy, nak jual barang. Kena la ada tipu-tipu sikit.
Kalau call 30 saat, di casnya 60 saat, susah jugak. :)
Bagi sy hot ticket ni best! sbb nya.. sy selalu call others operator berlainan kawasan.. kalau pakai top up biasa… kredit pergi bagaikan F1.. :)
Sbnrnya, ada pro and contra.. Bergantung pd penggunaan… Kalau hanya gunakan hp utk call @ sms 1,2 nombor yg telah d activ10 kan… lebih baik guna top up biasa shj.. lebih jimat.. Tp kalau byk urusan luar yg perlukan kt hubungi mcm2 nombor tnp perlu berkira2… hot ticket adalah pilihan terbaik! :)
Entri terkini Nyz: ABPBH 2010 &124 Gimik Pengumuman Keputusan Bintang Paling Popular
u silap pasal hot ticket…
cuba u bgtau saya prepaid mana yg caj 30saat 5 sen??
u tak faham pasal Block Call 30saat..
u compare n bagtau i..
onlineincome888@yahoo.com
ke 2..
u cari prepaid mana yg u ctc/sms ke semua no flat rate
cth :
HT20 – 170 minit ke semua network
500 sms ke semua network
FREE RM minit Maxis – maxis…cuba carik..
moral of the story..kaji dulu baru comment
tetinggal
HT20 – 170 minit ke semua network
500 sms ke semua network
FREE RM20 Maxis – maxis (call/sms)…cuba carik..
Hai Cik Hot Tiket.
Suka saya ingatkan bahawa saya bercerita berdasarkan pengalaman saya dengan Hot Tiket Hotlink. Saya sendiri tidak berpuas hati dengan kadar yang dikenakan oleh Hot Tiket kerana cara penggunaan saya yang lain seperti yang Cik Hot Tiket gunakan.
Gambar di atas adalah satu contoh. Satu lagi contoh ialah apabila saya membuat panggilan dan kakak operator yang angkat saya turut di cas pada kadar 60 saat sedangkan panggilan saya dijawab oleh operator. Contoh ini terang terang telah menindas saya. Saya tak nafikan yang cas ini adalah flat rate ke semua rangkaian, tapi saya rasa itu bukan alasannya.
Hotlink Hot Tiket memberi anda flat rate untuk SMS ke semua rangkaian tetapi di cas 10 sen berbanding 1 sen jika ke nombor Activ10.
Sekali lagi saya tegaskan bahawa cara penggunaan menetukan Hot Tiket atau reload konversional adalah yang terbaik kepada anda. Kalau anda seorang yang SMS/Telefon ke semua rangkaian memang Hot Tiket ini sesuai untuk anda Cik Hot Tiket :)
hot ticket dah tak relevan lg,kini mereka telah kurang minit terlalu drastik kerna maxis telah berjaya memikat pengguna.saya dak dapat agak yang penjimatan ini hanya untuk seketika,setelah pengguna dapat di pancing baru mereka akan mengurang kan masa berbual dan sms.lepas ni saya akan beralih kepada syarikat lain pulak.hampeh betul maxis.
Assalammualaikum., slmt mlm,enth xperasn plak
Saya nak top up Hotlink free pls dlm nombor telefon ini 01117587802 to long……..