≡ Menu

Perbezaan Pelaburan ASB dan Emas

Assalamualaikum WBT. Walaupun saya pernah beberapa kali membaca artikel berkenaan dengan pelaburan emas di Internet, artikel artikel ini masih belum dapat membuka cerita sebenar tentang pelaburan emas. Seminggu sebelum balik ke Shah Alam, saya dipertemukan dengan seorang Master Dealer Public Gold Negeri Perlis dalam satu sesi pembelajaran laman web. Beliau serba sedikit telah memberi pencerahan tentang kepentingan menyimpan emas fizikal.

Perbezaan Pelaburan ASB dan Emas

Apa yang menarik tentang pelaburan emas?

Konsepnya sama seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) dimana anda mempunyai sejumlah wang kemudian dimasukkan ke dalam ASB. Setahun kemudian, anda akan diberi bonus dan dividen sehingga 8% untuk setiap tahun. Sama seperti emas, anda mempunyai sejumlah wang dan anda gunakan wang tersebut untuk membeli emas. Emas tersebut disimpan atau dipajakkan. Anda akan menerima keuntungan sehingga 30% setiap tahun. Bezanya antara ASB dan Emas ialah peratus keuntungan.

Contoh ASB:

Amzar mempunyai tunai RM10,000 di tangan. Dia boleh memilih sama ada untuk memasukkan duit tersebut ke ASB atau membeli emas. Amzar memasukkan RM10,000 ke ASB pada Januari 2011. Pada April 2011, dia mengeluarkan RM1,000 untuk membaiki kereta. Pada Disember 2011, baki simpanan ialah RM9,000 dan kadar dividen ASB ialah 8% maka baki akhir ialah RM 9,000 + 8% (RM720) = RM9,720.00 untuk tahun tersebut.

Contoh Emas:

Amzar mempunyai RM10,000 di tangan. Dia membeli tiga keping emas 20 gram dengan harga RM10,000. Pada April 2011, dia memajak sekeping emas dan mengambil duit pajak (RM1,000) untuk membaiki kereta. Pada Disember 2011, nilai emas yang disimpan masih kekal RM10,000 dan keuntungan 25% daripada harga emas semasa, maka baki akhir untuk tahun 2011 ialah  RM 10,000 + 25% (RM2,500) = RM12,500.

Memajak Emas

Salah satu cara mendapatkan pulangan yang maksimum ialah dengan memajak emas. Anda boleh membuat pembacaan tentang Pengalaman Memajak Emas di Malaysia melalui artikel yang ditulis oleh Saudara Syukor Hashim.

P/S: Saya sudah tertarik dengan pelaburan ini. Jika asyik bertangguh, harga emas akan terus naik. Jika anda ada modal lebih untuk pelaburan ini, teruskan niat anda ;)

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3