≡ Menu

Review Haq: Satu Eksperimentasi

Review Filem HaqMula ditayangkan pada 27 Januari 2011, filem aksi tempatan ini sedikit telah membuka mata para pengkaji filem tempatan. Filem terbitan KasehDia Pictures Sdn. Bhd yang diarahkan oleh Jumaatun Azmi dan CL Hor ini mendapat beberapa pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-20.

Filem ini berkisar tentang Haq (Zul Huzaimy) dan Bad (Adi Putra) yang bersaudara. Bad mencemburui Haq dan telah menyimpan dendam sehingga mereka dewasa.

Dendam Bad terhadap Haq mula dibalas dengan membunuh ayah Haq, Haji Ibrahim (lakonan Zulkifli Ismail) dan kemudian membuat perancangan lain termasuk menggoda Aina (Raja Farah) untuk kepentingannya. Mak Lang (Fatimah Abu Bakar), ibu kepada Bad turut memainkan peranan untuk membangkitkan mood cerita. Filem ini berakhir apabila Aina dan Zahra lakonan Nanu Baharuddin diculik lalu diselamatkan oleh Haq sebelum mereka berlawan ala-ala Street Fighter.

Secara keseluruhannya, filem ini berjalan dengan sangat perlahan. Satu babak memakan masa 3-6 minit untuk dihabiskan. Beberapa ayat seperti “You pergi mana, I call you tak jawab” beberapa kali diulang oleh Nanu menjadikan penonton boleh mengagak apa yang akan dikatakan olehnya pada babak seterusnya.

Filem ini juga boleh dikatakan berjaya dengan kesan khas yang digunakan. Oleh itu saya melabelkan filem ini sebagai satu filem eksperimentasi yang berjaya dari segi kesan khas, sinematografi dan grafik janaan komputer. Kesan futuristik yang cuba ditonjolkan agak keterlaluan! Dari segi jalan cerita, konsepnya sama seperti drama bersiri Ayoub (pernah ditayangkan di TV3 dan saya mengikutinya).

Kuasa yang mereka miliki amat moden kerana kekuatan yang cuba ditonjolkan adalah daripada segi zahir atau fizikal dan bukannya kuasa yang mereka miliki secara batin. Terima kasih kepada KasehDia Pictures kerana membawakan satu angin baru untuk industri filem tanah air.

Other articles you might like;

3 comments… add one
  • TheSharkox February 2, 2011, 5:42 pm

    thankx for the review bro… memang ada hati nak nonton incredibel HAQ ni..heheh.. tapi tengok trailer macam cite slow je..

  • ammar February 4, 2011, 9:53 am

    filem ni dikatakan trilogi.

  • M April 21, 2011, 8:10 am

    dh tgk dh movie ni..best la jugak sbb ade fight ala2 street fighter,.

Leave a Comment