≡ Menu

(REVIEW) Laddaland (2011)

(REVIEW) Ladda Land

Sinopsis Laddaland

GMM Thailand sebelum ini dikenali dengan penerbitan cerita seram seperti Shutter, Alone, Dorm, siri Phobia dan kali ini air tangan pengarah Sopon Sakdapisit kembali dengan filem terbaru berjudul Ladda Land.

Filem yang digarap hasil kisah benar yang berlaku di kawasan perumahan di Chiang Mai, Thailand. Kawasan perumahan tersebut menjadi terbiar selepas berlakunya beberapa siri pembunuhan dan kejadian penampakan makluk halus di kawasan kejiranan. Thee, bapa kepada dua orang anak Nan dan Nat, baru berpindah ke Ladda Land selepas membeli rumah di kawasan tersebut. Selepas beberapa hari keluarga Thee berpindah ke Ladda Land, satu kejadian pembunuhan berlaku dimana orang gaji warga Burma dibunuh dan diletakkan di dalam peti ais. Selepas beberapa hari, bau mayat yang kuat membawa penemuan kepada mayat tersebut.

Selepas penemuan tersebut, ramai penduduk mulai tidak selesa dengan kejadian tersebut. Ada yang disampuk seolah olah ternampak hantu dan membuatkan ramai yang berpindah daripada kejiranan tersebut. Thee yang bekerja sebagai ahli pemasaran perniagaan berbilang tingkat (MLM) terjerumus dalam kegawatan apabila syarikatnya gulung tikar dan memaksa dia bekerja sebagai pekerja di kedai runcit. Keadaan tersebut lebih keruh apabila ibu mertuanya, menelefon agar anak dan cucunya dibawa pulang ke Bangkok untuk tinggal di sana tetapi Thee menolak kerana sayangkan rumah yang dibelinya.

Lagi mencemaskan apabila anak perempuan Thee, Nan dan rakan-rakannya cuba masuk ke rumah dimana pembunuhan berlaku. Nan diusik rakan-rakannya di sana dan tiba-tiba dia ternampak kelibat hantu. Keesokkannya dia menegaskan bahawa dia ternampak hantu kepada ayahnya tetapi dinafikannya. Akibat kerap diganggu, Thee membeli sepucuk pistol untuk mempertahankan dirinya dan keluarganya.

Thee dan keluarga berjiran dengan sebuah keluarga yang pelik, yang turut mengalami masalah kewangan. Thee dikejutkan dengan berita pembunuhan isteri, anak dan emaknya oleh jirannya yang mempunyai masalah mental akibat tekanan perasaan. Selepas kematian mereka sekeluarga, Nat masih berilusi sedang bermain dengan Golf; anak kepada jiran mereka dan perkara ini merunsingkan Parn. Parn segera menelefon ibunya di Bangkok dan menceritakan hasratnya untuk kembali. Ketika Nan pulang ke rumah, Parn menyuruh Nat bersiap untuk balik ke Bangkok. Ketika sedang mengambil pakaiannya di ampaian, sapu tangan Nan terbang ke kawasan rumah jirannya. Nan terkejut apabila ternampak jiran mereka turut mengambil pakaian di ampaian sedangkan semuanya telah mati dibunuh. Nan menjadi histeria dan dihantar ke hospital untuk ditenangkan.

Pada malam kejadian, Thee dan Nat berada di rumah dan tiba-tiba Thee mendapati Nat tiada di rumah. Dia segera ke rumah jirannya. Cerita sadis bermula di sini.

Trailer Laddaland

Review Laddaland

Thailand sememangnya terkenal dengan filem filem seram yang hebat. Filem Ladda Land pada pendapat saya amat menyeramkan. Sepanjang 90 minit di pawagam para penonton disajikan dengan elemen suspen dalam setiap babak. Turut diselitkan elemen kekeluargaan yang menjadi idea utama kepada cerita ini. Thee yang baru sahaja ditawarkan jawatan sebagai Pengarah Pemasaran membeli rumah untuk keluarganya walaupun dia sendiri terpaksa berhutang. Ibu mertuanya yang sejak awal tidak sudi kehadiran Thee sedikit menjadikannya sebagai satu cabaran dalam kehidupannya.

Walaupun tidak banyak hantu yang muncul, tetapi kehadiannya sekali sekala menjadi punca kepada permasalahan. Nan yang ternampak hantu bertekak dengan bapanya sehingga dia dipaksa masuk ke rumah hantu tersebut. Saya setuju kiranya ada pendapat mengatakan bahawa ini bukan filem seram secara keseluruhannya. Bagaimana filem ini berakhir sendiri menceritakan kisah sedih permulaan sebuah keluarga dengan pengorbanan yang sangat besar. Salah faham sejak awal oleh Nan membawa kepada kebencian sehingga ayahnya meninggal dunia. Kegagalan untuk mengawal emosi akan menjadikan manusia bertindak luar batasan. Banyak moral yang diperolehi daripada cerita ini, bukan sekadar takut dengan hantu tetapi bagaimana manusia berfikir untuk menyelesaikan masalah ketika di dalam keadaan tertekan.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment