Blog

  • (LIVE) Maharaja Lawak Akhir 2011

    (LIVE) Maharaja Lawak Akhir 2011

    Maharaja Lawak Akhir 2011 Promo oleh Syazwan

    Kehangatan terasa. Siapa bakal menjadi juara Maharaja Lawak 2011? Jozan, Jambu, Nabil dan Sepah akan membuktikan lawak siapa yang berjaya memenangi hati rakyat Malaysia.

    (more…)

  • Sibuknya Stesen Bas Kangar

    Sibuknya Stesen Bas Kangar

    Malam ni saya akan ke Shah Alam, melawat rakan rakan di Jalan Puyuh. Nak tanya khabar apakah sihat mereka disana. Selepas itu akan ke Kuala Lumpur City Center (KLCC) untuk Joomla! Day 2011. Sebelum itu kalau layaknya, saya nak ke Stadium Melawati Shah Alam menonton pertandingan Maharaja Lawak Akhir. Kalau ada pass lah.

    Berbincang pasal Stesen Bas Kangar, bukanlah usang untuk menampung lebih 20 bas ekpress pada sebelah malamnya, tapi saya fikir tidak lagi efisien. Stesen bas tiga lorong ini terlalu padat untuk bas ini menaik dan menurunkan penumpang. Contohnya malam ini saya naik Bas AB Ekspres, hampir 45 minit terlewat. Bukan bas ini saja tapi semua bas. Bas pertama yang bertolak pun terlewat hampir 30 minit.

    Cadangan kerajaan Negeri Perlis membina stesen bas berpusat di Seriab amatlah dipersetujui. Wujudnya stesen bas berpusat memudahkan pengguna sama ada rakyat tempatan atau pelancong yang transit untuk ke Pulau Langkawi.

    Melaka Sentral boleh dijadikan model terbaik dan termoden selain Puduraya dan Terminal Bandar Tasik Selatan yang canggih dengan teknologi terkini. Semua pengangkutan awam diletakkan di suatu tempat dan memudahkan para pengguna, tidak seperti situasi sekarang yang mana pengguna perlu berjalan hampir 200 meter untuk menggunakan perkhidmatan bas domestik dan sebaliknya.

    (more…)

  • Jadual Perlawanan Antarabangsa Harimau Malaya

    Kepada peminat setia Harimau Malaya yang masih tercari-cari jadual perlawanan persahabatan antarabangsa dan perlawanan kelayakan untuk Sukan Olimpik 2012 dan Piala Dunia 2014, berikut disenaraikan untuk makluman bersama.

    23 Jun 2011 (Khamis) Kelayakan Sukan Olimpik 2012 Kelayakan Asia Pusingan 2 Perlawanan 2

    (0) Malaysia lawan Lebanon (0)

    29 Jun 2011 (Rabu) Kelayakan Piala Dunia 2014 Kelayakan Asia Pusingan 1 Perlawanan 1

    Malaysia lawan Chinese Taipei (Taiwan)

    3 Julai 2011 (Ahad) Kelayakan Piala Dunia 2014 Kelayakan Asia Pusingan 1 Perlawanan 2

    Chinese Taipei (Taiwan) lawan Malaysia

    (more…)