
Persaingan Piala Malaysia 2011 akan bermula pada 6 September dimana 16 pasukan akan berentap merebut kejuaraan dalam perlawanan akhir akan diadakan pada 29 Oktober 2011. Selepas tamatnya keghairahan terhadap pasukan Harimau Malaya, selepas ini pemain akan bertungkus lumus membantu pasukan negeri dan kelab mereka. Diharapkan sokongan peminat bola sepak tanah air tidak berakhir selepas kekalahan dengan Singapura pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 lepas. Saya sendiri tidak sabar menantikan kemeriahakan Ultras negeri bagi memeriahkan stadium pada perlawanan negeri masing-masing.
Dilihat beberapa pasukan favourite seperti juara Piala Malaysia 2010, Kelantan bakal memberi saingan sengit dalam kumpulan C untuk terus mara ke pusingan seterusnya. Selangor dalam kumpulan D dilihat mudah bersama Kuala Lumpur, PDRM dan T-Team, tetapi persaingan sengit pasti diberikan oleh pasukan berstatus kelab ini.







