Ramai yang sedia maklum bahawa emas (Aurum, Au) digunakan secara meluas dalam industri pembuatan terutama elektronik dan komputer kerana kebolehannya sebagai konduktor haba dan elektrik yang baik serta menentang pengoksidaan. Emas kebiasaannya dijumpai dalam banyak peralatan komputer seperti pemproses (processor), papan ibu (motherboard), kad memori, dan peranti tambahan yang lain.
Jika anda perasan, ramai yang menawarkan perkhidmatan membeli peralatan elektronik lusuh seperti komputer atau dekoder Astro. Tujuannya adalah untuk mendapatkan emas yang wujud di dalam peralatan tersebut. Walaubagaimanapun, langkah mendapatkan emas daripada barang-barang ini tidaklah semudah yang dijangka.
Tom’s Hardware mendedahkan 18 langkah untuk mendapatkan emas daripada barangan komputer terpakai.
Hasil kutipan motberboard terbuang.
Hanya pin berwarna emas dikeluarkan menggunakan playar.
Pelbagai bahan kimia digunakan seperti asid sulfurik, chlorine bleach (sodium hypochlorite) dan sodium metabisulfite.
Emas tulen 0.5595 gram
Nah, ekstrak daripada puluhan keping motherboard akhirnya memberikan anda emas tulen seberat 0.5595 gram yang bernilai USD25. Walaupun dilihat tidak berbaloi dengan usaha yang dilakukan, tetapi anda sebenarnya boleh mendapat sesuatu daripada barangan terbuang. Dalam industri, skala proses adalah lebih besar bermakna lebih banyak emas diperolehi. Anda boleh lihat proses langkah demi langkah jika anda berminat untuk mengekstrak emas daripada barangan elektronik terbuang.
Other articles you might like;
punya banyak..dapat seconet kecil tu aje? hehe..kira oklah tu. dari tak dapat apa-apa langsung..
Betul, nak dapat dari perut bumi dengan cara melombong macam tak pasti dapat pun. Cuba cara ni senang senang dapat emas.
akum en.adam boleh x senaraikan barang2 yang perlu proses tersebut tq.
mana dia orang beli bahan2 kimia utk dptkan emas tu ya? pernah baca pasal benda ni… tapi pelik gak kat mana dia org cari barang2 yg diperlukan untuk dapatkan emas tu…
Kedai kinia ada jual semua asid yang diperlukan termasuk kertas nak sejat, bikar dan sebagainya. Nak mat pinjam daripada cikgu kimia. Hehe.
cikit je eh..
Oh baru tahu macam mana
Sampah orang kaya ialah harta karun orang miskin.. lebih kurang camni la terjemahan idiom english.. memang terbaik la.. aku pernah buat benda ni sekali jer..
lebih kurang 2-3 prosesor gak la aku cabut kaki dia, bila leburkan, jadi lah dalam RM 100 lebih…
i have processor around 4 kilogram.used but good condition.urgent to sell..800 per kilogram
Berbaloi sgt2 kerana kita sedar yang ada barangan yang boleh buat duit dari orang yang membuang nya :D