Salam Aidilfitri Ayah dan Bonda

Alhamdulillah, perjalanan 500KM dari bandaraya Shah Alam menuju ke bandar Kangar, Perlis telah selesai. Walaupun perjalanan ditemani hujan renyai-renyai kami selamat sampai. Semasa perjalanan pulang, kami ditemani oleh radio selain berbual kosong dan merancang beberapa plan tindakan untuk masa depan. Salah satu lagu raya yang menarik perhatian ialah lagu kalobrasi antara Hujan dan Raihan yang bertajuk Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda. Rasa macam nak berkongsi, mendalam maksudnya.

Lirik Hujan & Raihan – Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda

Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba untuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru kusedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbananmu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya

Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajahmu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibirmu kan menguntum senyum
Andainya anak-anakmu bahagia

Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Comments

3 responses to “Salam Aidilfitri Ayah dan Bonda”

  1. hans kacak Avatar

    laaaaaaaaaaaaa
    orang kangaq ka?
    dkt la kita
    aku aloq setaq
    eh,nak exchange link?
    boleh ja

    kalau sudi add la aku dekat fb
    search Hans Hanis

  2. Dedoku Avatar

    lagu ni mmg layan..aku ske layan kat ofis smbl wat keje :) terasa mood raya tu

  3. Metamobile Avatar

    Terima Kasih kerana blogkan lagu ini.
    Lagi molek jika masukkan sekali kod download RBT lagu ini atau link blog Metamobile mengenai lagu ini di http://blog.metamobile.com.my/2010/09/03/salam-aidilfitri-ayahanda-dan-bonda/

    Terima Kasih. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *