Baru pulang dari kesesakan Bandar Kangar. Walah tak semegah Jalan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur tapi cukup untuk buatkan saya menjadi tertekan ke sana. Mana tidaknya, pasti tempat parkir tidak cukup lagi untuk orang Kangar. Sebagai alternatif, persiapan raya untuk tahun ini orang Perlis boleh ke Arau dengan adanya Kompleks Arau yang telah siap pada awal tahun ini.
Rakyat Perlis tidak perlu risau tentang persiapan saat akhir kerana mereka boleh mendapatkan keperluan sempena hari raya di Dataran Sena Indah dan Dataran Usahawan. Saya belum berkesempatan ke kedua tempat ini dan saya akan cuba ke sana untuk meriki persiapan rakyat Perlis di sana. Ayuh kesana.
Baru-baru ini saya mendapat sekeping surat daripada Jabatan Baitulmal Perlis, berkenaan permohonan Bantuan Pendidikan daripada jabatan ini. Alhamdulillah, dapat sekeping cek untuk persiapan raya dan untuk meneruskan kehidupan di Shah Alam nanti. Sebenarnya tak ada persiapan sangat pun sebelum raya. Cedin kata dah semakin besaq ni, tak terasa rayanya. Mungkin sekadar dapat tidur di bilik atau lepak-lepak dah melengkapkan raya tahun ni.
Kalau tahun lepas, ada jugak video macam ni boleh buat dengan geng Predator, tapi tahun ni tak boleh buat lagi sebab semua budak-budak ni dah tak ada lagi. Selamat Hari Raya kepada Aliff Othman yang kali ini kali kedua beraya di perantauan. :)
Other articles you might like;
salam perkenalan dan selamat hari raya bro… :-)
belum berkesempatan lagi nak jejak kaki kat perlis.
Selamat hari raya eidultfitri bro :)