
Selepas sembilan minggu ke udara, hari ini dicanangkan sebagai minggu terakhir Maharaja Lawak sebelum ke Final Maharaja Lawak pada minggu hadapan. Tetapi ada kejutan sebelum akhir rancangan dimana Maharaja Lawak akan dilanjutkan lagi tiga minggu di Road Tour Maharaja Lawak di Pulau Pinang, Kuantan dan Johor Baharu.
Minggu ini peserta di tugaskan untuk membuat persembahan bersama pelawak professional tanah air bagi menghangatkan lagi persembahan mereka. Berikut adalah komen saya bagi setiap persembahan.
1. R2 & Stahiya
Gelanggang dibuka dengan persembahan R2 bersama Sathiya (Babyface) dengan membawa jalan cerita menarik dimana melakonkan babak di bilik tahanan polis. Kehadiran Sathiya sebagai pegawai penyasat menghangatkan suasana dengan arahan yang kelakar. Sebenarnya, mereka adalah mangsa dalam rancangan prank ‘Jeng Jeng Jeng’. Satu jalan cerita yang menarik!
2. Balas & Bell Ngasri
Kehadiran Hantu Mak Cik Karipap dalam satu upacara memandaikan-otak-yang-lembap, selepas dipanggil bomoh kurang menjadi. Mungkin kerana banyak dialog-dialog yang biasa. Moral cerita mereka ialah jangan ke disko.
3. Sepah & A.R. Badul
Babak merisik disulami dengan banyak moral seperti adab dengan orang tua dan banyak lagi. Mungkin kerana Jep kurang berpeluang untuk berdialog, idea lawaknya tidak dapat dipersembahkan semasa persembahan malam ni.
4. Nabil & Sharifah Shahira
Prestasi Nabil sejak beberapa minggu lepas didapati merudum. Setiap persembahannya dilihat tidak seserius pada awal musim. Malam ini, Nabil dan Sharifah Shahira seperti tiada ‘chemistry’ dimana beberapa kesilapan teknikal yang diakui oleh Nabil. Dari segi jalan cerita, Nabil perlu banyakkan latihan berkumpulan kerana sebelum ini dia bergerak secara solo bagi menggalakkan percambahan idea.
5. Jozan & Kenchana Dewi
Selepas memainkan watak Dato’ Yusof Haslam dan Shamsul Yusof, hari ini Johan memainkan watak Mamat Khalid di set penggambaran bersama Kenchana Dewi. Mail Lambung sebagai abang kawasan datang untuk memporak perandakan set keadaan. Bagi saya, watak Mamat Khalid yang dibawakan oleh Johan kekurangan idea kerana terlalu banyak pengulangan menjadikan penonton bosan.
6. Jambu & Acong Sweetchild
Hero selalu datang di akhir cerita. Kombinasi Yus dan Tauke bersama Acong sememangnya mencemaskan. Tauke sedang mengacara rancangan tetapi tetamu jemputan tidak dapat menghadirkan. Tanpa dirancang, seorang orang asli berasal dari Sungai Amazon dengan bahasa ibunda yang tidak difahami datang. Mamat Khalid sekali lagi memuji lawak mereka di tahap Internasionale kerana idea mereka yang hebat walaupun tanpa bergerak dan berdialog. Saya pilih Jambu sebagai juara minggu ke-9 Maharaja Lawak.
Tersingkir & Kejutan
Balas tersingkir. Maharaja Lawak akan dilanjutkan lagi tiga minggu. Video Maharaja Lawak Minggu ke-9 boleh ditonton di sini.
Undian Terkini
Selepas tamatnya Minggu ke-9 Maharaja Lawak, Jambu mengungguli undian dengan 37%, Jozan 37%, R2 10%, Nabil 9% dan Sepah 8%.

Leave a Reply