10 Undang-undang Aneh di Dunia

no-durian-in-southeast-asia

10 Undang-undang Aneh di Dunia

Ada diantara kita yang pernah dengar tentang 10 Undang-Undang Aneh di Dunia. Walaupun tidak terima dek akal, namun undang-undang ini termaktub dalam perundangan sesebuah negara kerana sebab-sebab yang tertentu seperti perbezaan budaya, untuk menjaga kebersihan dan ketenteraman penduduk setempat dan mungkin untuk menjaga sensitiviti pihak tertentu. Berikut disenaraikan 10 tempat dengan undang-undang aneh yang diperkenalkan.

Singapura

Bagi menjaga kebersihan di jalan-jalan utama di kotaraya Singapura, pihak berkuasa Singapura pada tahun 1992 melarang gula-gula getah dijual (dan diimport) dan dikunyah di kotaraya tersebut. Tetapi, gula-gula getah yang mempunyai nilai nilai terapeutik (penyembuhan) dibenarkan.

Eraclea, Italy

Pelancong yang ke Eraclea yang terletak berhampiran Venice sama sekali dilarang untuk membina istana pasir kerana dipercayai menghalang laluan pejalan kaki yang bersiar-siar di tepian pantai dan aktiviti ini merupakan satu kesalahan di Itali.

Amsterdam, Netherlands

Merokok di tempat awam seperti cafe dan kaki lima adalah dilarang tetapi menghisap ganja adalah dibenarkan.

Florida, USA

Para penggemar aktiviti lasak parasut, anda perlu berhati hati sekiranya di Florida kerana mereka akan memenjara perempuan belum berkahwin yang menyertai aktiviti ini pada hari Ahad.

Switzerland

Mengepam tandas di apartment di Switzerland adalah haram selepas 10 malam. Lelaki yang kencing berdiri selepas pukul 10 malam juga boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Eboli, Italy

Sekiranya anda berada di Eboli yang terletak di selatan Naples, anda akan didenda €500 sekiranya didapati bercium di dalam kenderaan yang bergerak.

Capri, Italy

Lagi lagi di Itali. Penduduk setempat di Capri amat menghargai suasana yang tenteram dan sunyi. Seasang pelancong yang didapati membuat bunyi bising dengan memakai selipar yang berbunyi (akibat geselan tapak kaki basah dengan selipar) telah ditahan dan pihak berkuasa melarang memakai kasut yang berbunyi bising selepas kejadian itu.

Alabama, USA

Walaupun tidak logik, sebuah negeri di selatan Amerika melarang pemandu memandu dengan menutup mata.

Dubai, UAE

Di Dubai, pelancong atau pasangan yang bercumbuan di tempat awam akan ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang.

Asia Tenggara

Kebanyakkan tempat di Malaysia, Singapura, dan Brunei seperti hotel melarang pelancong atau pelanggan mereka membawa masuk Durian ke dalam premis oleh kerana baunya yang ‘busuk’.

Sumber: The world’s strangest laws – Telegraph

Comments

12 responses to “10 Undang-undang Aneh di Dunia”

  1. MEKAR Avatar

    “Di larang merokok” juga banyak terpampang di merata tempat/premis. tp masih ramai yg buat tak endah. termasuk di ofis lama sya dulu. huhu

    1. Adam Roslan Avatar

      Itu masalah orang kita. Dah jadi budaya. Susah nak berubah.

  2. magrib Avatar

    nak taw undang2 malaysia yang pelik??? Pasang lampu motorsikal pada siang hari… anyway.. Suka baca entry anda.. nice dan menarik.. minat dan follow blog anda ye..

    ini entry terbaru saya.
    Laki aku suka yang berbulu
    Seorang Brader kuat melancap BERANG DENGAN GUA pasal isu melancap
    Alat kelamin wanita pon boleh kentut. (Kentut Vagina)
    Kenapa Burger yang anda beli tak sama macam dalam tv
    Kehidupan seorang PLAYBOY.. (GAMBAR 18SX)
    Onani (melancap) – Adakah normal?

    1. Adam Roslan Avatar

      Betul. Kerajaan Malaysia mewajibkan lampu motorsikal dipasang pada siang hari bagi mengelakkan kemalangan.

      Terima kasih. Datangla jenguk jenguk selalu :)

  3. nizamghazi Avatar

    Waa. kaki ganja patut pergi Amsterdam, Netherlands.
    hehe.. Yg Switzerland punya undang2 tu apesal mcm peliks sgt.

    1. Adam Roslan Avatar

      Itulah, macam tak logik tapi itu yang berlaku di seluruh dunia. Terima kasih bertandang ke AR.com :)

  4. alyrds Avatar

    haha~ … dahsyat la undang2 ni….thanks drop by to my blog

  5. titan Avatar

    wahh. pelik sungguh undang-undangnya..

    1. Adam Roslan Avatar

      Sangat pelik. Mesti ada sebab yang munasabah undang undang macamni diwartakan; untuk jaga kebersihan dan sebagainya.

  6. tea Avatar

    hehe, buat lah undang2 macam mane pun. tetap ade orang buat, berlambak2 gitu.

  7. fang Avatar

    hi hi nice to meet you here, thanks for viewing my page, hope to see your visit again soon, have a nice day !! =D

  8. Mr.Kerro Avatar

    hehe plik mcmne durian buleh diorg kata bususk.. idung lelain kn :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *