UiTM Melaka, 16 Ogos 2008 – Seluruh warga semester tiga Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Melaka berkampung di sini hari ini sempena Photo Camp 2008 yang dianjurkan oleh Fakulti Komuniksi dan Pengajian Media UiTM Melaka. Program dua hari satu malam ini diadakan bagi mendedahkan kepada para pelajar yang mengikuti kursus Komunikasi Fotografi tentang teknik fotografi.
DMC 3E rox!
Perkhemahan ini bermula pada jam 12 tengah hari dengan pendaftaran dan taklimat ringkas bagi memastikan kelancaran program ini. Sesi pendaftaran diuruskan oleh ‘committee’ yang dilantik dan taklimat ringkas disampaikan oleh Mr. Hakimi. Kemudian, pelajar dilepaskan untuk makan tengah hari dan berkumpul semula jam 2 petang.
Teknik Panning. Model RH5775 dipandu oleh Kechik.
Aktiviti pada sebelah petang ialah sesi fotografi dengan mempraktikkan teknik fotografi yang telah dipelajari. Antara teknik yang dipraktikkan ialah panning, limited depth of field, extended depth of field dan fast shutter speed. Kesemua gambar ini telah dinilai dan diberikan markah berdasarkan kejituan, ketulenan dan kreativiti gambar.
Potrait Icha dengan lens 50mm.
Sekitar jam 6.30 petang, kesemua peserta dibawa untuk merakam saat matahari terbenam di kawasan berbukit berhampiran blok Tun Putih. Setelah matahari terbenam, para peserta dibenarkan pulang ke bilik masing-masing untuk solat dan persiapan diri untuk aktiviti sebelah malam.
Peserta sibuk untuk mendapatkan sunset.
Tepat jam 8.30 malam, semua peserta berkumpul di Blok Akademik untuk makan malam bersama pensyarah. Selesai makan, para peserta diajar teknik motion dan slow shutter speed di kawasan letak kereta Blok Akademik. Kemudian, para peserta berkumpul untuk ‘supper’ dan pembahagian bilik tidur mengikut kumpulan. Sekitar jam 2 pagi para peserta diarahkan untuk mengumpul daya bagi meneruskan aktiviti pada keesokkan harinya.
Keesokkannya tepat jam 7 pagi, kesemua peserta berkumpul di kawasan letak kereta Blok Akademik dan bergerak ke Padang Kawad bagi merakam gambar matahari terbit di sana. Selesai aktiviti tersebut, kesemua peserta kembali berkumpul di Blok Akademik bagi tujuan pendaftaran dan sarapan pagi. Kemudian sekali lagi gambar para peserta dinilai oleh pensyarah dan kemudian para peserta bergambar kenang-kenangan sebelum perkhemahan ini dilabuhkan tirainya.
Walaupun ada beberapa masalah yang timbul, namun kesepakatan yang ditunjukkan oleh ahli ‘committee’ berjaya mengatasi beberapa masalah dan insiden yang berlaku. Kerjasama semua pihak dalam menjayakan perkhemahan fotografi ini sememangnya membuktikan bahawa pelajar Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Melaka mampu bersatu dan berdisiplin dalam segala aspek.
Sesungguhnya aktiviti seperti ini wajar dilaksanakan pada setiap semester bagi mendedahkan teknik fotografi kepada para peserta yang juga pelajar kursus Komunikasi Fotografi bagi mengasah bakat dan menggalakkan para peserta untuk berusah mendapatkan gambar yang terbaik demi memperoleh markah yang cemerlang.
Other articles you might like;
Bagus!!! Semoga dapat A dalam photocom..