Tag: yamaha majesty yp250

  • Timing Belt Yamaha Majesty YP250

    Timing Belt Yamaha Majesty YP250

    Mungkin sudah tiba masa, timing belt Majesty pun putus. Keriangan yang diharapkan bertukar sugul apabila dalam kelajuan 80kmh, timing belt putus. Memikirkan satu kilometer sebelum sampai ke rumah, motor tersebut dituntun.

    (more…)

  • WW #2 – Servis Kuda Besi

    WW #2 – Servis Kuda Besi

    Posted with WordPress for BlackBerry.

  • Yamaha YP 250 Majesty Service Manual

    Sebulan lebih rasanya skuter ni tak dapat berjalan sebab masalah bateri, asyik-asyik bateri. Kalau dalam posting sebelum ni bateri dah ditukar, kali ini sekali lagi ditukar. Mungkin ada banyak sebab kenapa skuter ni asyik flat-kan bateri, salah satunya ialah sistem wiring yang uzur, mungkin. Jadi kalau-kalau anda sedang mencari buku panduan servis untuk Yamaha Majesty YP250, sila klik pautan ini untuk download. Sedihnya, bahasa German.

    (more…)

  • Yamaha Majesty YP250

    Yamaha Majesty YP250

    Salam.

    Entri pendek untuk merekod pembelian alat ganti Yamaha Majesty. Dua bulan lepas selepas Adam membuat pesanan kepada Lean Hin Motor untuk membeli kabel brake Majesty yang terputus menemui jalan hampa, Adam bertindak sendiri dengan menghubungi semua pengedar alat ganti Yamaha di seluruh Malaysia. Alasan yang diberikan oleh Awin, tokei kedai tersebut bahawa stok di Malaysia habis telah melemahkan semangat Adam pada mulanya.

    Namun, memikirkan tanggungjawab Adam untuk menjaga skuter yang arwah Abah tinggalkan ni, Adam terus berusaha untuk mencari pengganti tali brake tersebut. Setelah menjalankan pencarian di ceruk Internet, Adam hanya menemukan sebuah kedai alat ganti Yamaha yang terletak di sebelah Eropah dengan harga mencecah ratusan ringgit, walau hanya memasang niat untuk mencari di sekitar Malaysia.

    Lalu Adam membeli senaskah majalah Malaysian Bike Trader dan memulakan pencarian. Alhamdulillah, hanya ada sebuah kedai yang menyimpan stok kabel tersebut dan kedai-kedai lain hanya mampu berjanji untuk mencarikan stok untuk Adam. Dengan tanpa melengahkan masa, Adam melakukan urusniaga jarak jauh. Kabel ini berharga RM220 dan diposkan ke Perlis dari Klang, Selangor dengan kos RM10. Kedai yang dimaksudkan ialah Chear Motor Sdn Bhd, Klang (Contact No. 03-3341 4593, 012-2272998).

    Kemudian, kabel ini dipasang oleh Awin dengan mengambil upah RM20 dan menjadikan jumlah keselurahan “Kerja-kerja mengganti, memasang dan mengawalselia kabel brek Yamaha Majesty YP250” adalah berjumlah RM250.00. Tanggungjawab untuk menjaga skuter ini adalah berat kerana kos alat ganti yang mahal dan terhad. Jadi, selepas ini kalau berangan nak pakai sebuah motorsikal yang lagi besar CC-nya, eloklah menyediakan jumlah secukupnya untuk menukar alat ganti, kan?