Kisah Bijaksana Vijay Mallya dan Ferrari

Seorang lelaki India bertemu dengan pegawai pinjaman di bank New York City. Beliau perlu ke India menguruskan bisnesnya selama 2 minggu dan perlu meminjam $5000.

Tanya pegawai bank, “Apa cagaran yang Tuan ada?”

Lelaki India itu mengeluarkan segugus kunci dan beberapa helai dokumen, “Ini kunci dan dokumen kereta Ferrari saya. Saya parkir di depan bank.”Setelah mengusulkan pada presiden bank, pegawai bank bersetuju. Presiden bank sempat ketawa kerana pinjaman $5000 dicagarkan dengan $750,000. Setelah lelaki India menerima $5000, pekerja bank pun memandu dan menyimpan Ferrari di dalam garaj.

Selang 2 minggu, lelaki India itu kembali, “Nah $5000, dan ini bunga $15.41.” Pegawai bank dan presiden tersenyum, tetapi wajahnya kehairanan. “Kami gembira dapat membantu Tuan. Namun kami hairan setelah menyemak profil Tuan. Tuan seorang jutawan, kenapa meminjam $5000?”

Lelaki India itu ketawa terbahak-bahak, “Mana saya nak parkir Ferrari saya selama 2 minggu di New York ini hanya dengan $15.41?”

Inilah kisah benar seorang lelaki India bernama Vijay Mallya, jelmaan Tony Fernandez di India. Beliau adalah tauke arak Kingfisher (United Breweries Group) dan syarikat penerbangan Kingfisher Airlines. Pemilik bersama pasukan F1 Force India dan pasukan liga India, Bangalore Royal Challengers, dan East Bengal FC.

Comments

8 responses to “Kisah Bijaksana Vijay Mallya dan Ferrari”

  1. alia Avatar
    alia

    haha mmg smart la!

    1. amir Avatar
      amir

      serius bijak!haha

  2. Pacifista Avatar

    semakin kaya orang tu,dia akan semakin buat sesuatu yang pelik tapi cukup bijak :D

  3. Hanif Avatar

    Orang yang bijaksana lain pemikirannya

  4. MR.Z Avatar

    kelakuan yang kita pun tak sangka :D

  5. Ahmad Ijat Avatar

    Patutla dia kaya. Dia bijak dan pandai mneguruskan kekayaannya…

  6. Izwan Avatar

    setiap duit keluar masuk adalah berharga.. hahaha..mantap2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *