≡ Menu

Kembalikan Riben Merah PunchTab di Butang Google +1

Hari ini ramai pemilik blog menggunakan aplikasi Punch Tab bagi menjalankan kempen ‘rewards’ kepada pengunjung yang dihargai. Antara blog terkenal yang menggunakan aplikasi ini ialah Denaihati, Amanz.my, Ariffshah, Pacifista, dan ramai lagi.

Dengan adanya Punch Tab, kerja-kerja merekod kutipan mata menjadi senang dengan setiap Like, Tweet, Plus One dan Komen akan diberikan mata yang boleh ditebus dengan hadiah.

Kembalikan Riben Merah PunchTab di Butang Google +1

Walaubagaimanapun, terdapat satu masalah yang dikenalpasti iaitu tiada riben merah di butang Google +1. Jika riben merah ini tidak dipaparkan, setiap aktiviti seperti +1 atau Like tidak akan direkodkan oleh Punch Tab contohnya di portal teknologi Amanz.my. Bagi mengatasi masalah tersebut, Punch Tab telah mengeluarkan panduan iaitu menggantikan kod Google +1 sediaada dengan sebaris kod yang baru seperti berikut:

<script type=”text/javascript” src=”https://apis.google.com/js/plusone.js” > {parsetags: ‘explicit’} </script>

Sumber: Punch Tab Knowledgebase: Google +1 Button is not working

Other articles you might like;

15 comments… add one
Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3