Percaya atau tidak, menjelang tahun 2015, Facebook akan menjadi tepu dengan kehadiran robot dan profil palsu — 1/10 rakan anda ialah bukan manusia sebenar. Kenyataan “Gartner’s Top Predictions for IT Organizations and Users, 2011 and Beyond: IT’s Growing Transparency†menjelaskan:
By 2015, efforts to systematize and automate social engagement will result in the rise of social bots — automated software agents that can handle, to varying degrees, interaction with communities of users in a manner personalized to each individual.
Perkara ini tidak mustahil kerana dalam dunia pemasaran Internet, para pengamalnya akan mempunyai sekurang-kurangnya satu atau lebih profail palsu yang digunakan untuk tujuan pemasaran produk atau untuk tujuan tertentu. Nilai ini tidak lagi ditambah dengan profail spam yang meluas di negara barat dan mula merebak ke Malaysia dengan cara mempromosikan link affiliate atau produk fizikal.
Seperti laman sosial yang lain, Facebook akan mengalami zaman kejatuhan apabila orang ramai mulai bosan dengan iklan dan spam yang dihantar ke wall dengan cara komen di Wall atau profile hijacking melalui aplikasi haram yang dicipta oleh individu tertentu untuk mencuri maklumat seperti nama pengguna dan kata laluan akaun. Namun, saya yakin Mark Zukernberg dan pasukannya akan terus berusaha untuk memastikan Facebook berjaya diselamatkan daripada lautan robot seperti yang diramal oleh Gartners.
Kita sebagai pengguna harus bertindak secara bijak dengan cara tidak mendedahkan maklumat yang terlalu peribadi kepada umum, kerap menukar kata laluan dan paling penting jangan sesekali melanggan (like) mana-mana aplikasi Facebook yang tidak dipercayai.
Other articles you might like;
tq! info yg berguna! :)
biar betulll????
Never thought of that, but to think of such, it could posibly happen, as in, bots can be smarter and respond to our message accordingly just like human.
Join Exabytes Angel Program now and get RM50 bonus upon sign up.
http://exabytes.com.my/partners/angel/