Fenomena Ada Apa Dengan Cinta & Filem Tempatan Tahun 2002

Fenomena Ada Apa Dengan Cinta & Filem Tempatan Tahun 2002

Fenomena Ada Apa Dengan Cinta & Filem Tempatan Tahun 2002

Satu petang ketika menikmati Bakso di Shah Alam bersama Cech Adrea dan Amzar Anaqi, kami membuka satu tajuk perbincangan. Cech Adrea, seorang yang berfikiran kritis mengajukan beberapa soalan. Pada tahun 2002, filem Ada Apa Dengan Cinta memasuki pawagam di Malaysia dan menjadi fenomena dan terus box-office, filem apakah yang menjadi kebanggaan kita pada masa itu?

Menurut laman web FINAS, sepuluh buah filem dikeluarkan pada tahun 2002, iaitu KL Menjerit, Anak Mami The Movie, Idola, Mendam Berahi, Gerak Khas The Movie II, Embun, Mr. Cinderella, Mami Jarum, Cinta 200 Ela dan Soalnya Siapa. Daripada 10 filem ini, filem Gerak Khas the Movie II berjaya mengutip RM 3.10 juta, paling tinggi dan Cinta 200 Ela paling tercorot sebanyak RM150,000.00 sahaja. Sepuluh tahun selepas itu pada 2012, Adnan Sempit berjaya mengutip sebanyak RM6 juta daripada 77 buah filem yang ditayangkan.

Jadi, selayaknya filem Ada Apa Dengan Cinta boleh dibandingkan dengan filem Gerak Khas the Movie II. Dengan genre yang berbeza, rakyat pada masa itu masih lagi tidak menerima filem bergenre cinta keluaran tempatan walaupun beberapa drama bergenre drama/cinta diterbitkan. Mereka masih terikut dengan populariti siri TV Gerak Khas yang bermain di pawagam selain tiada banyak pilihan untuk genre aksi pada masa tersebut. Jadi, kehadiran Ada Apa Dengan Cinta di pawagam telah menarik minat jutaan rakyat Malaysia hadir ke pawagam untuk menyaksikan kisah cinta Rangga dan Cinta ini.

Persoalan juga timbul apabila Indonesia menyediakan banyak kursus khas dalam bidang filem dan wayang. Orang kita masih lagi ke sana untuk mempelajari selok belok filem di Universiti di sana. Sinetron contohnya, merupakan satu produk yang hebat dan berjaya dipasarkan di pasaran Malaysia, tetapi produk Malaysia masih gagal untuk tembus ke pasaran mereka.

Tanda tanya yang ditinggalkan, adakah industri filem Malaysia masih lagi ketinggalan di belakang Indonesia?

Comments

14 responses to “Fenomena Ada Apa Dengan Cinta & Filem Tempatan Tahun 2002”

  1. puteraduyong Avatar

    2002… lama tu bro … ;)

    1. Adam Roslan Avatar

      Lama bro tapi Indonesia dah berjaya buat boxoffice lagi awal. Kita 10 tahun lepas tu baru dapat.

  2. syaifuddin alias Avatar

    entahlah ..Malaysia dah tak ada idea nak buat cerita..

    1. Adam Roslan Avatar

      Setuju. Pemain tak ramai, sebabtu ada dominasi. Balik balik orang/jalan cerita yang sama.

  3. Imran Avatar

    cerita malaysia sekarang ni banyak yang poyo je….

    1. Adam Roslan Avatar

      Setuju juga. Filem yang berkualiti tak mendapat tempat di arus perdana. Kena lah main underground saja.

  4. Hanida Moss Avatar

    Industry filem dgn lagu kat Indonesia lagi bagus & berkualiti. Itu je laa diorg bagus. hehe..

    1. Adam Roslan Avatar

      Ada lagi, kerja tukang depa pun bagus. Hehe.

  5. WRizuan Avatar

    memang ada apa dgn cinta ni fenomena dulu termasuk la aku sendiri siap beli vcd ori lagi….:)

    1. Adam Roslan Avatar

      Semua tak terlepas. Tapi apa nasib wayang kita pada masa tu ya?

  6. fariq Avatar

    sbb diorang lebih utamakan produk diorang. tambahan pulak industri hiburan kat sana lg besar drpd kat sini..sbb tu susah nak masuk pasaran sana dgn cite2 yg poyo n syok sendiri.. heh

    1. Adam Roslan Avatar

      Cerita syoq sendiri, tak boleh pergi jauh. Tapi orang kita suka pulak tengok cerita poyo yang dimaksudkan tu.

  7. titan Avatar

    haha..cerita rangga dengan cinta memang best masa tu. ramai gila layan. haha..

    1. Adam Roslan Avatar

      Itu fenomena kan. Tapi filem apa yang setaraf dengan AADC masa tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *