Kadar Harga ‘Skybridge’ Menara Berkembar Petronas

Kadar Harga 'Skybridge' Menara Berkembar Kuala Lumpur

Skybridge KLCC atau Jejantas Udara Menara Berkembar Petronas merupakan tarikan utama jika anda ke KLCC selain pusat beli belah Suria KLCC. Jambatan ini terletak 170 meter daripada tanah di tingkat 41 dan 42. Panjang jambatan ini ialah 57 meter dan seberat 750 tan.

KLCC menyediakan tiga pakej lawatan iaitu Pakej 1 untuk Jejantas Udara sahaja berharga RM 10 untuk Dewasa dan RM 3 untuk pemegang MyKad dan kanak-kanak. Pakej 2 membenarkan anda ke Jejantas Udara dan Dek Tinjau, berharga RM40 untuk dewasan dan RM20 untuk pemegang MyKad dan kanak-kanak.

Bagi yang berminat menjamu selera di Malaysian Petroleum Club, anda boleh membeli Pakej Premium berharga RM200 untuk makan tengahari dan RM350 untuk makan malam.

Anda boleh mendapatkan tiket ini mulai 8.30 pagi di Kaunter Tiket Skybridge di aras ‘Concourse’ Menara Berkembar Petronas. Jejantas Udara KLCC ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Isnin mulai jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang. Pada hari Jumaat, Jejantas Udara KLCC ditutup pada jam 1.00 hingga 2.30 petang bagi memberi laluan kepada Solat Jumaat.

Comments

23 responses to “Kadar Harga ‘Skybridge’ Menara Berkembar Petronas”

  1. BloggerHowtt Avatar

    Mahalnya kalau nak makan ;p

    1. Adam Roslan Avatar

      Makan kat bawah pun boleh. Saja mengada nak makan hebat hebat. Haha.

  2. budaini Avatar

    samapi ku kasih miring ni pc gara2 mo tinguk gambar mu ni adam… :)

    1. Adam Roslan Avatar

      Hehe. Salah teknik ambil gambar. Sepatutnya potrait, bukan landscape kan.

      1. lizz Avatar

        rasa macam nak sengetkan lappy je nak tengok gambo ni nyer pasal.hahaha

  3. Wizurai Avatar

    kena bayar ke? ingatkan free… hehe…

    1. Adam Roslan Avatar

      Hai Wizurai. Lama tak nampak. Dulu free, tapi prosedurnya ketat. Cuma beberapa tiket dikeluarkan untuk setiap 15 minit. Sekarang tak kisah janji ada tiket.

  4. Wadi AR Avatar

    terkedu sy tengok.

    1. Adam Roslan Avatar

      Selalunya pelancong asing yang naik. Kita rakyat Malaysia mana suka tengok pemandangan, mau shopping saja.

      RM10 dah kira murah lah tu.

  5. Mohd Khairi Avatar

    wow! boleh pegi nih…x pernh rasa lg naik jmbtn udara tu heee

    1. Adam Roslan Avatar

      Kalau ke KLCC, naiklah. Saya pun tak pernah naik sebenarnya. Haha.

  6. aisyah Avatar

    menara berkembar petronas la.. bkn kuala lumpur.. hehe =)

    1. Adam Roslan Avatar

      Terima kasih. Saya pun keliru, nak guna KLCC atau Menara Berkembar Petronas. Sekarang tajuknya sudah diubah :)

  7. CMRatu Avatar

    tak pernah pi pun.. hehe.. nama ja orang Malaysia.. :p

  8. lia lomi Avatar

    tak pernah pegi juga..sangatlah mahal kalau nak makan..kihkihkih..

    1. Adam Roslan Avatar

      Aha. Tak payah nak pergi untuk makan pun. Pergi tengok pemandangan sudah :)

  9. alia Avatar
    alia

    agak mahal la..xprnh pegi jgk w’pun rakyat m’sia..huhu

  10. afiq aiman Avatar

    tak pernah try lagi. insha Allah ada masa nnt kena try jugak. menara kebanggaan kita sendiri kena la cuba sendiri kan hehe

  11. zaharibb Avatar

    Tak ada diskaun untuk warga emas ke? Org tua pun nak juga tengok. hehehehe…..

    1. Adam Roslan Avatar

      Diskaun untuk pemegang Mykad dan kanak kanak saja ada. Warga emas pun RM3 saja :)

  12. Pojie Avatar

    Wah, thanks for the info..

    aku teringin nak naik..
    so now dah tahu caranya ;p

  13. Pacifista - X Avatar

    huhu…tak termampu aku melihatnya…

    1. Adam Roslan Avatar

      Kenapa tak mampu pulak Cikgu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *