Apa di Sana Sebelumnya?

Apa di Sana Sebelumnya?: Padang Lumba Kuda Kuala Lumpur

Sebelum Malaysia memiliki monumen seperti Istana Negara, Plaza Rakyat, KLCC, Berjaya Times Square dan pusat pentadbiran Putrajaya, tahukah anda apa di sana sebelumnya? Buku Fakta Rojak Malaysia, menyenaraikan lapan tempat/bangunan yang kini berdiri megah atas tapak lama yang mempunyai sejarahnya sendiri.

  • Istana Negara (1987) – Kediaman jutawan Chan Wing
  • Menara Maybank (1987) – Bangunan Mahkamah Seksyen
  • Plaza Rakyat – Kelab Cina Selangor
  • Putrajaya – Ladang Harrisons & Crossfield Golden Hope
  • Mid Valley – Kuil Sri Maha Sakthi Muhambikai Amman
  • KLCC – Padang Lumba Kuda Kuala Lumpur
  • Berjaya Times Square – Kediaman jutawan Cheong Yoke Choy
  • Pavilion – Sekolah Perempuan Bukit Bintang

Saya ada mencari koleksi gambar sebelum wujudnya KLCC di Padang Lumba Kuda Kuala Lumpur. Tapi klip video yang dirakamkan pada tahun 1989 ini menunjukkan suasana Kuala Lumpur pada masa tersebut. Menara Tabung Haji jelas kelihatan di belakang kawasan tersebut.

Bukit Bintang 1960

KLCC 1996

Comments

16 responses to “Apa di Sana Sebelumnya?”

  1. Izwan Avatar

    aku suka KLCC punya pembangunan kat tapak tu..tengok dokumentari luar negara punya.. kira klip video ni dah 22 tahun.. sebaya.. :)

    1. Adam Roslan Avatar

      Itula saya dok cari jugak kalau-kalau ada gambar sekitar KLCC sebelum dibangunkan. Nat Geo ada buat dokumentari. Mana boleh dapat. Teringin nak tengok.

      1. Izwan Avatar

        boleh download kat youtube
        http://www.youtube.com/watch?v=EbTLC7LpZ0g&feature=related

        National Geographic – ada 6 parts.. cool giler masa dia citer ttg KLCC construction..

        1. Adam Roslan Avatar

          Dulu ada simpan file dokumentari tu, sekarang kena search balik dalam hard disk, mana tau kot tersembunyi. Keke. Terima kasih atas perkongsian. Memang hebat. Sampai tahap meremang bulu roma. Haha.

  2. sayacomel Avatar

    hoho..ramai yang tak tahu nih..

    1. Adam Roslan Avatar

      Saya pun sendiri tak tau. Tapi baru tau ni. Memang fakta yang menarik. Putrajaya contohnya dulu adalah kawasan ladang getah di Sepang.

  3. APAN Avatar

    kompem mhl la beli tanah situ.wat lak bangunan besar2…
    kalau de gambo ni lagi bes bro.masuk la kalau ada nanti.haha…

    1. Adam Roslan Avatar

      Saya masih mencari. Kalau ada memang nak kongsi di sini. Terima kasih berkunjung.

  4. hazwan Avatar

    memang pesat pembangunan malaysia ni…sekarang semua tanah nak buat pembangunan

    1. Adam Roslan Avatar

      Betul. Malaysiaku Maju.

  5. nizamghazi Avatar

    Bru thu pdg kl tu
    Seyes layan siot lagu tu.
    Rasa mcm zaman dulu pulak. (even x pernah dgr pon)

    1. Adam Roslan Avatar

      Dah boleh bayangkan suasana sekarang berbanding gambaran daripada video klip tu. Lagu pun boleh tahan. Terima kasih berkunjung.

  6. Mr Rileks Avatar

    nostalgia betul la VC nie… :D

  7. Tip Terbaik Avatar

    kl tu kecik je kan… parking lak bawah tanah…. bila hujan… entah kat mana sume air2 tu disalurkan… :-)

    waktu dulu2 KL ok la kot… sekarang ni serabut kepala org yg tak biasa g sana jalan-jalan… :D

  8. Legend NC Avatar

    sangat menarik.. like 1000x

  9. […] Lumpur, Malaysia. 1990 vs today. (Image Source: adamroslan & […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *