
Dalam episod lepas, Daim sengaja mengalah dalam Pertandingan Debat selepas mengetahui bahawa Cikgu Raja dan Tony bersubahat menggelapkan duit aktiviti pelajar. Lagi mengeruhkan keadaan apabila rakan-rakan Daim memulaunya sebelum Daim menceritakan hal sebenar kepada Cikgu Zakiah dan Apek. Cikgu Zakiah yang bertekad memberitahu hal sebenar kepada Datuk Wira. Tetapi Cikgu Azmee sebenarnya turut terlibat dalam komplot ini.

Episod terakhir Juvana akan menjawab segala persoalan yang menjadi tanda tanya selepas Cikgu Zakiah ditahan oleh Cikgu Azmee. Bagaimana kesemua tahanan berpakat untuk melepaskan diri daripada penjara untuk menyelamatkan Cikgu Zakiah yang turut dikurung oleh Cikgu Raja, Cikgu Azmee dan Tony.
Siapakah yang akan menjadi hero dalam drama penuh tandatanya ini? Sama-sama saksikan kesudahan Juvana di TV3 jam 9.00 malam atau secara langsung di Tonton.com.my. Juga, anda boleh Live Chat dengan pelakon Juvana di Juvana Live Chat.

Leave a Reply