Tag: Hari Raya

  • Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H

    Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H

    20120830-093759.jpg

    Dalam kesempatan bulan Syawal ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

  • Sebelum Aidilfitri 1432H

    Sebelum Aidilfitri 1432H

    Alhamdulillah, selesai sesi pagi persiapan sebelum Aidilfitri 1432H. Cuaca pagi ni pun mendung walaupun beberapa ketika hujan rintik rintik turun. (more…)

  • Semua Orang Nak Raya

    Semua Orang Nak Raya

    Baru pulang dari kesesakan Bandar Kangar. Walah tak semegah Jalan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur tapi cukup untuk buatkan saya menjadi tertekan ke sana. Mana tidaknya, pasti tempat parkir tidak cukup lagi untuk orang Kangar. Sebagai alternatif, persiapan raya untuk tahun ini orang Perlis boleh ke Arau dengan adanya Kompleks Arau yang telah siap pada awal tahun ini.

    Rakyat Perlis tidak perlu risau tentang persiapan saat akhir kerana mereka boleh mendapatkan keperluan sempena hari raya di Dataran Sena Indah dan Dataran Usahawan. Saya belum berkesempatan ke kedua tempat ini dan saya akan cuba ke sana untuk meriki persiapan rakyat Perlis di sana. Ayuh kesana.

    (more…)

  • Salam Aidilfitri 1430H

    Salam Aidilfitri 1430H

    Assalamualaikum WBT. Maaf terlewat, raya tahun ini tiada kad ucapan raya untuk pelawat adamroslan.com; tiada cerita persiapan raya untuk bacaan; dan tiada hadiah hari raya untuk Adam. Hari ini dah 8 Syawal 1430H, hari ke 8 umat Islam di Malaysia merayakan kemenangan selepas sebulan berpuasa.

    Alhamdulillah, raya ini berlangsung dengan setenangnya; cuma terasa juga ketiadaan Nur Hawa Illani yang kini berada di bumi Mesir untuk meneruskan pembelajaran beliau di sana. Tahun kedua beraya tanpa Abah.

    Raya satu hingga raya ke enam penuh dengan jemputan rumah terbuka. Raya tidak semeriah mana akibat sakit gusi — mungkin ulser mulut. Tiada mampu untuk mengunyah daging dan kuih raya. Cuma merasa kesedapan air dijamu tuan rumah. Warga RS sempat bergambar untuk raya tahun ini, hitam bergaya. Sedang mencari gambar yang difoto oleh Amer Nasuruddin (foto.rs.com.my) dan krew.

    (more…)