≡ Menu

Safee keliru sikap penyokong Malaysia – Sokerleaks

Safee keliru sikap penyokong Malaysia - Sokerleaks

Perlawanan (dibaca persembahan) persahabatan dengan Big Four EPL mendapat tentangan beberapa pihak. Bagi peminat kelab gergasi Eropah ini, kedatangan Arsenal, Liverpool dan Chelsea memang dinantikan kerana berpeluang bertemu pemain kesayangan mereka beraksi di depan mata. Bagi kelab penyokong skuad kebangsaan seperti Ultras Malaya, mereka menentang usaha FAM ini kerana perlawanan seperti ini tidak memberi kesan kepada ranking Malaysia.

ULTRAS Malaya tidak akan turun padang menyokong mana-mana perlawanan skuad Harimau Malaya dengan pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.

Seorang penyokong Ultras berkata, keputusan itu diambil berikutan perlawanan menentang pasukan Big Four EPL (Arsenal, Liverpool, Chelsea) dilihat tidak mampu menaikkan ranking pasukan negara yang kini menghuni tangga ke-144 dunia. via Sinar Harian.

Selepas Ultras Malaya memboikot tiga perlawanan ini, ramai individu tampil setuju dengan pendapat yang diusulkan oleh Ultras Malaya. Tidak kurang ada yang menentang dengan memberi alasan skuad Harimau Malaya akan beroleh pengalaman berharga walaupun barisan yang diturunkan bukanlah kesebelasan utama. Ada yang ‘menyalahkan’ Ultras Malaya (klik untuk bacaan) kerana menjadi punca utama kepada kekalahan Ultras Malaya dalam siri perlawanan dengan Big Four EPL.

Suka untuk saya kongsikan satu petikan status perlian Sokerleaks di Facebook tentang betapa kecewanya Safee Sali kepada peminat bola sepak Malaysia selepas beliau menjaringkan gol kedua ketika menentang Liverpool semalam. Video jaringan gol kedua Safee Sali menunjukkan beliau berpatah balik untuk meraikan gol bersama rakan sepasukan selepas melihatkan lautan penyokong Liverpool.

“Saya tidak tahu saya mahu meraikan jaringan saya tadi dengan siapa, saya keliru, saya keliru, jadi saya meraikan bersama rakan rakan seperjuangan saya” kata Safee Sali, penjaring gol ketiga Malaysia menentang Liverpool petang tadi.

Walaupun ini bukan isunya, kita sepatutnya melihat perkara ini daripada sudut positif. Jika benar kita menyokong Harimau Malaya, memakai jersi kuning dan biru sedikit sebanyak membantu pemain kita menjana psikologi positif dan mengelakkan daripada tertekan. Jika sebelum ini tugas ini ditanggung oleh Ultras Malaya (kerana sokongan padu sepanjang 90 minit perlawanan) dan penyokong Harimau Malaya yang setia, hari ini mereka perlu membuktikan kepada penyokong setia ini bahawa 80,000 penyokong Liverpool ini juga sayangkan Harimau Malaya.

Juga, budaya seperti video seperti di bawah ini tidak boleh diamalkan dan haruslah dijauhkan.

Other articles you might like;

71 comments… add one
  • mofasad July 17, 2011, 2:40 pm

    petikan dari sokerleaks tu bukan betul pun. itu imagine admin page tu untuk memperli orang malaysia berjersi liverpool . petikan tu takde langsung keluar dari mulut safee sendiri.

    • Adam Roslan July 17, 2011, 4:02 pm

      Haha. Memang bukan statement daripada Safee. Tapi cukup menggambarkan perasaan kecewa tu. Kalau tengok video pun, mulanya Safee nak raikan dengan penyokong tapi dia berpatah balik.

  • Hans July 17, 2011, 2:50 pm

    yups
    budaya dalam video tu harus dielakkan daripada diamalkan

    • Adam Roslan July 17, 2011, 4:03 pm

      Teruk sangatla sampai nak kena bukak baju.

      • Azuan July 17, 2011, 8:58 pm

        Tu lah.. tgk pun kecian jer… x pasal2 kene buka baju..

  • syazana July 17, 2011, 3:12 pm

    kesian malaysia xde org sokonggg. wuwuwuwuwuw

  • missina July 17, 2011, 4:25 pm

    wlupun sy bukanlah hardcore sgt psl bola ni,,tp sedih gk tengok kt stadium tu bnyk yg pakai bj merah,,,tp at least diorg sorak jugk la ms safee jaringkn gol,,,papepun persembhn diorg boleh dibanggakan ,,,

  • cikguzakie July 17, 2011, 4:35 pm

    merapulah sikap penyokong liverpool…please lah kita nie rakyat MALAYSIA bukannya UK….

  • Terbelog July 17, 2011, 4:40 pm

    terbukak minda baca entry ni :0

  • mofasad July 17, 2011, 4:40 pm

    hai hans. kenal gua? kahkahkah!!!

  • HanAlia July 17, 2011, 4:53 pm

    memamng patut sgt la safee tu ckp mcm tu..org Malaysia kalut nk jd warga liverpool kot…hah lps ni bleh la apply nk jd rakyat sne…ape punye org la kat dlm video tu…smlm tgk buat sakit hati je bkn sakit hati dgn pemain malaysia sakit hati dgn penyokong malaysia bajet liverpool…err…xsalah kot rse nye pkai bju kuning seharian..xnk sokong harimau malaya pn xpe yg pnting kasi semangat la sikit..haihh…

  • woot woot July 17, 2011, 4:58 pm

    video tu dan fenomena orang ramai sokong big 4 rather than negara sdri dah cukup bukti orang kite mmg bodoh

    no wonder ramai jugak yang bodoh antibersih.lol

  • saqura July 17, 2011, 5:14 pm

    kadang sedih la ngan segelintir rakyat malaysia yang x berape patriotik..hukhuk

  • Dyana July 17, 2011, 5:30 pm

    kesian Safee Sali, beliau telah mencuba yang terbaik dalam perlawanan tersebut. Sesetengah rakyat Malaysia masih tak sokong pasukan negara. Aishh

    ==”

  • harrazdani July 17, 2011, 5:33 pm

    melayu mudah lupa bro…..aku pun keliru …safiee lagi laaaa

  • shida July 17, 2011, 5:37 pm

    hehe
    xberapa minat bola..tp bangga woo…msia dapat gol 3 walaupon kalah..it ok..go malaysia!!!!
    jmput sggah ke blog shida..tq
    http://luvabenbaby.blogspot.com/2011/07/kenapa-kita-pelupa-sambungan-entry-8.html

  • elihjapahar July 17, 2011, 5:40 pm

    sapa yg tak patriotik tu??..teruk sgt ke Malaysia main sampai jersi negara sendiri tak nak pakai?..sy akan tgok malaysia vs chelsea nanti dgn jersi malaysia!! pi keluar negara ni la kalau dah tak minat duk sini…!

  • abu luqman July 17, 2011, 5:52 pm

    singgah petang

  • muz July 17, 2011, 5:59 pm

    silap siapa sehingga perkara ini timbul? adakah silap rakyatnya?

  • muhamad sufian July 17, 2011, 6:07 pm

    semangat kenegaraan rakyat masih rendah lagi. kalau ramai2 pakai baju kuning dgn biru masa game sebelum2 ni kompem mental player arsenal dgn liverpool down punya. tapi tak kesah pun la kalah dgn diorang ni. tak kacau ranking kita pun. harap2 rakyat malaysia tak mengutuk team malaysia. tu je. :)

  • hatikubaik July 17, 2011, 6:17 pm

    rimau tetap di hatiku walaupun aku peminat the blues….hidup rimau!

  • Wadi AR July 17, 2011, 6:20 pm

    betol. fans msia ni kdg2 pening lalat kot

  • shaf July 17, 2011, 6:39 pm

    okla tu safee,,,try harder

  • Famili Ceria July 17, 2011, 6:57 pm

    memang depa syok nak bagi jatuh airmuka orang..tapi takpa balasan tetap ada bagi orang yang menjatuhkan airmuka orang lain…

    Entri Menarik Di Sini:
    1)Iphone 4 Boleh Jadi DSLR??Jom tengok..

  • Kalamhati July 17, 2011, 6:59 pm

    menyedihkan..huhu

  • gee July 17, 2011, 7:24 pm

    harimau tetap harimau…peace (^_^)

  • FikLah July 17, 2011, 7:39 pm

    salam,

    ni pandangan haku lah. haku rasa semua yang pergi stadium tu pergi untuk menyaksikan team dorg main. bkn senang nk tgk live team big 4 epl main dpn mata. so sapa menang dorang tak kesah pon. kalau malaysia menang pon dorg suka, kalau liverpool menang pon dorg suka (bg penyokong liverpool lah) tak perlu pertikaikan semangat patriotik sangat lah haku rasa. safee score semua yg pakai baju liverpool tumpang bersorak. (takkan baju nak menilai semangat patriotik seseorang?) yg dok pertikai sgt tu korg pakai semua brg buatan malaysia ke? sekadar pandangan haku je..betulkan mana yg salah :)

  • chico July 17, 2011, 8:15 pm

    wahuhuh ape pon ta boleh.. idop rimau melaya,,

  • sis bieha July 17, 2011, 8:31 pm

    bagi sis la,, kesian dorangkan, lawan kat negera sendiri , tapi yg dtg pi sokong negara luar.. mesti malu kan.. kalau asyk dok bangge negare luar je pastu ushe negara sendiri tak disokong , adoyy susah jdnye nih…

  • belalang July 17, 2011, 8:51 pm

    igt ke lepas raa gopal rayu soh pakai baju skuad kebangsaan pada game liverpool, maka stadium akan penuh dengan warna biru atau kuning itam…

    tgk2 sama jer situasinya…hampeh

  • shera July 17, 2011, 8:52 pm

    lar.. sebab tu rupe nyer.. shera pun kengkadang tak paham.. macam talam dua muka pun ade kan.. >.<"

  • sop July 17, 2011, 8:54 pm

    Sop sentiasa sokong pasukan malaysia :)

  • nuddyra July 17, 2011, 9:08 pm

    aku raser video tuh ntah aper2 ntah…x yah la nak fanatik sangat kot..siap suruh bukak baju bagai…

  • mawarplastik July 17, 2011, 9:22 pm

    sokong Malaysia! boo sape yg tak pakai t shirt malaysia! follow dis blog..

  • hazwan July 17, 2011, 9:28 pm

    dah macam dekat anfield pulak semua merah hehe

  • eiysya July 17, 2011, 9:36 pm

    saya rasa yg part suruh bukak baju tuh over sgt kot.. ntah apa2..

  • Izzat Nazmi July 17, 2011, 9:45 pm

    semalam macam da lawan bukan kat Malaysia je…
    penuh penyokong The Reds…huhu~

  • EG July 17, 2011, 10:07 pm

    betul3. sokong sangat.

  • alcatraz77 July 17, 2011, 10:11 pm

    sedih aku tengok permainan Malaysia… :(

  • wani July 17, 2011, 10:49 pm

    hurm…mcm2 perangai dok ada..haish..

  • iwan delaroc July 17, 2011, 11:16 pm

    tak salah nak menyokong team EPL lagipun bukan selalu mereka datang sini, player malaysia tu pun ada yang peminat kelab epl juga. yang penting tiap kali malaysia menyerang fan tetap bagi sokongan jugak.

    yang penting pengalaman berharga menentang barisan bertaraf dunia tu perlu digunakan sebaiknya pada kelayakan piala dunia nanti.

    Arsenal, liverpool atau chelsea… Malaysia tetap tanah tumpah darahku.

  • khairil July 18, 2011, 12:04 am

    aku sokong team malaysia lagi dari team luar…

  • akubiomed July 18, 2011, 12:06 am

    Kita boleh lihat dimanakah letaknya tahap pemikiran yang buat provokasi :-(

  • akoo July 18, 2011, 12:40 am

    huu akoo pon sdeh .
    tgk ramai pakai bju merah je..
    haishh~~
    sian Harimau Malaya.

    dorg da cube sdaye upaye wat yg tbaek kann.
    =)

  • ida July 18, 2011, 1:01 am

    hampa betul dengan cara pemikiran ULTRAS malaysia ni. even though tak nak ranking pun, tapi still dapat perbaiki strategy harimau malaya :(

  • FarahD101 July 18, 2011, 1:29 am

    news bola. not really my best interest :)

  • nurul July 18, 2011, 4:24 am

    kesian kat dia kan..

  • phat July 18, 2011, 8:20 am

    Go Malaysia Go

  • masmurni July 18, 2011, 8:28 am

    team Malaysia tetap di hati :)

  • www.myobw.com July 18, 2011, 8:39 am

    kata 1malaysia 1negara 1dunia… itu yg jadi sikap camtu tu! sokong laa skuad malaysia! kerana itu dapat menaik semangat buat skuad kita!

  • far_east July 18, 2011, 8:43 am

    jarang tengok bola tapi tetap saport MALAYSIA..

  • zara July 18, 2011, 9:35 am

    Semangat jati diri (cintakan negara) begitu rendah sekali, sampaikan Dato’ K.Rajagopal kena merayu suruh pakai baju Biru/kuning…sangat sedih :( …utk satu hari pun x boleh? Video yg kedua tu lagi teruk, nampak sangat sikap dan nilai2 murni yg dipelajari sejak bangku sekolah tidak diamalkan, tambah2 yg beragama Islam…adakah itu sikap yg baik?

  • merahitujambu July 18, 2011, 10:41 am

    apa pon msia dh buat yg terbaik

Leave a Comment