Tag: Ultras Malaya

  • (VIDEO) Keputusan Kelayakan Piala Asia 2015: Malaysia lawan Qatar

    Kekalahan 1-0 kepada Qatar pada Selasa lalu menutup terus harapan Malaysia untuk layak beraksi di Piala Asia 2015 di Australia. Pada malam perlawanan juga, dilaporkan dua orang penyokong tegar bola sepak tanah air menyelinap masuk ke dalam bilik kenamaan sebelum ditahan pihak berkuasa. Penahanan dua daripada ratusan Ultras Malaya telah membuka mata banyak pihak terutama media massa.

    (more…)

  • (LIVE) Keputusan Malaysia lawan Thailand – Kumpulan A Bola Sepak Sukan Sea 2011 Jakarta

    (LIVE) Keputusan Malaysia lawan Thailand – Kumpulan A Bola Sepak Sukan Sea 2011 Jakarta

    (LIVE) Keputusan Malaysia lawan Thailand - Kumpulan A Bola Sepak Sukan Sea 2011 Jakarta

    Hari ini skuad Harimau Muda akan turun berjuang buat kali kedua Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno tepat jam 5 petang waktu Malaysia. Perlawanan akan disiarkan secara langsung di TV1 dan Astro Arena 801.

    Menurut pengurus pasukan, Datuk Hamidin Mohd Amin, pemain dinasihatkan menganggap semua perlawanan adalah penting tanpa mengira sesiapa pun lawan dari kalangan Kumpulan A termasuk lawan selepas ini, iaitu Kemboja apatah lagi tuan rumah, Indonesia. – Utusan (more…)

  • (Gambar) Ultras Malaya sekitar Malaysia lawan Singapura

    (Gambar) Ultras Malaya sekitar Malaysia lawan Singapura

    Ultras Kedah dengan kekuatan 80 penyokong tegar turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada Harimau Malaya. Sepatutnya entri ini berbentuk log perjalanan dengan gambar, tetapi beberapa masalah menjejaskan harapan saya untuk membuat log bergambar perjalanan dari Stadium Darul Aman ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

    Layankan beberapa keping gambar sebelum perlawanan dan gambar Ultras Malaya dan rakyat Malaysia yang turun memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya. Tahniah Harimau Malaya!

    Gambar Ultras Malaya sekitar Malaysia lawan Singapura

    Amzar Anaqi di The Star

    (more…)

  • Safee keliru sikap penyokong Malaysia – Sokerleaks

    Safee keliru sikap penyokong Malaysia – Sokerleaks

    Safee keliru sikap penyokong Malaysia - Sokerleaks

    Perlawanan (dibaca persembahan) persahabatan dengan Big Four EPL mendapat tentangan beberapa pihak. Bagi peminat kelab gergasi Eropah ini, kedatangan Arsenal, Liverpool dan Chelsea memang dinantikan kerana berpeluang bertemu pemain kesayangan mereka beraksi di depan mata. Bagi kelab penyokong skuad kebangsaan seperti Ultras Malaya, mereka menentang usaha FAM ini kerana perlawanan seperti ini tidak memberi kesan kepada ranking Malaysia.

    ULTRAS Malaya tidak akan turun padang menyokong mana-mana perlawanan skuad Harimau Malaya dengan pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.

    Seorang penyokong Ultras berkata, keputusan itu diambil berikutan perlawanan menentang pasukan Big Four EPL (Arsenal, Liverpool, Chelsea) dilihat tidak mampu menaikkan ranking pasukan negara yang kini menghuni tangga ke-144 dunia. via Sinar Harian.

    (more…)