
Perlawanan (dibaca persembahan) persahabatan dengan Big Four EPL mendapat tentangan beberapa pihak. Bagi peminat kelab gergasi Eropah ini, kedatangan Arsenal, Liverpool dan Chelsea memang dinantikan kerana berpeluang bertemu pemain kesayangan mereka beraksi di depan mata. Bagi kelab penyokong skuad kebangsaan seperti Ultras Malaya, mereka menentang usaha FAM ini kerana perlawanan seperti ini tidak memberi kesan kepada ranking Malaysia.
ULTRAS Malaya tidak akan turun padang menyokong mana-mana perlawanan skuad Harimau Malaya dengan pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.
Seorang penyokong Ultras berkata, keputusan itu diambil berikutan perlawanan menentang pasukan Big Four EPL (Arsenal, Liverpool, Chelsea) dilihat tidak mampu menaikkan ranking pasukan negara yang kini menghuni tangga ke-144 dunia. via Sinar Harian.
Selepas Ultras Malaya memboikot tiga perlawanan ini, ramai individu tampil setuju dengan pendapat yang diusulkan oleh Ultras Malaya. Tidak kurang ada yang menentang dengan memberi alasan skuad Harimau Malaya akan beroleh pengalaman berharga walaupun barisan yang diturunkan bukanlah kesebelasan utama. Ada yang ‘menyalahkan’ Ultras Malaya (klik untuk bacaan) kerana menjadi punca utama kepada kekalahan Ultras Malaya dalam siri perlawanan dengan Big Four EPL.
Suka untuk saya kongsikan satu petikan status perlian Sokerleaks di Facebook tentang betapa kecewanya Safee Sali kepada peminat bola sepak Malaysia selepas beliau menjaringkan gol kedua ketika menentang Liverpool semalam. Video jaringan gol kedua Safee Sali menunjukkan beliau berpatah balik untuk meraikan gol bersama rakan sepasukan selepas melihatkan lautan penyokong Liverpool.
“Saya tidak tahu saya mahu meraikan jaringan saya tadi dengan siapa, saya keliru, saya keliru, jadi saya meraikan bersama rakan rakan seperjuangan saya” kata Safee Sali, penjaring gol ketiga Malaysia menentang Liverpool petang tadi.
Walaupun ini bukan isunya, kita sepatutnya melihat perkara ini daripada sudut positif. Jika benar kita menyokong Harimau Malaya, memakai jersi kuning dan biru sedikit sebanyak membantu pemain kita menjana psikologi positif dan mengelakkan daripada tertekan. Jika sebelum ini tugas ini ditanggung oleh Ultras Malaya (kerana sokongan padu sepanjang 90 minit perlawanan) dan penyokong Harimau Malaya yang setia, hari ini mereka perlu membuktikan kepada penyokong setia ini bahawa 80,000 penyokong Liverpool ini juga sayangkan Harimau Malaya.
Juga, budaya seperti video seperti di bawah ini tidak boleh diamalkan dan haruslah dijauhkan.

Leave a Reply