Tag: Pertandingan Online

  • Milo Fuze Jam-Pack

    Milo Fuze Jam-Pack

    Milo menganjurkan pertandingan online MILO® FUZE® JAM-PACK YOUR FRIENDS yang menawarkan hadiah menarik seperti Mac Book Air 11 inch 64GB, iPhone 4 – 16GB, iPad 16GB WiFi + 3G, Sony PlayStation 3 320GB dan iPod Touch 32GB.

    Anda hanya perlu mendaftar di SINI dan main kesemua tiga peringkat permainan untuk ke peringkat seterusnya. Peserta mesti mengumpul sekurang-kurangnya 1,000 mata untuk melayakkan anda layak ke peringkat kedua.

    Di peringkat kedua, peringkat ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori 1, Kategori Grand Prize yang menawarkan lima hadiah utama seperti yang disenaraikan. Anda boleh memilih hadiah yang anda inginkan pada peringkat ini. Kategori High Scorer menawarkan hadiah iPod Shuffle 2GB.

    Pada peringkat ketiga, anda perlu membeli produk MILO Fuze (15 stick daripada 5 perisa yang disediakan) dan menghantar sebagai bukti pembelian. Jika anda ingin memenang Mac Book Air 11 inch 64GB, anda perlu menghantar 7 bukti pembelian, diikuti iPhone 4 – 16GB (6), iPad 16GB WiFi + 3G (5), Sony PlayStation 3 320GB (4) dan iPod Touch 32GB (3).

    Senang bukan, klik banner di atas untuk maklumat lanjut dan pendaftaran ;)

    (more…)

  • 2 Tiket Adnan Sempit di AdamRoslan.com!

    2 Tiket Adnan Sempit di AdamRoslan.com!

    Assalamualaikum WBT. Sudahkan anda menonton filem Adnan Sempit di pawagam berhampiran? Jika belum atau anda berminat untuk menonton buat kali ke dua atau ketiga, ini peluang keemasan untuk anda. Di sini saya menawarkan ‘2 keping pas masuk ke tayangan Adnan Sempit di TGV’ khas untuk anda.

    Filem ini sekali lagi telah membuka mata rakyat Malaysia untuk terus menonton dan menyokong filem tempatan. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berwajib seperti FINAS untuk terus memastikan filem tempatan mendapat tempat di hati para penonton. Kali ini kita disajikan dengan sebuah filem yang lebih santai dan sesuai untuk aktiviti melepaskan tension selepas penat bekerja. Pada pendapat anda, adakah anda masih menyokong filem tempatan atau hanya sekadar memandang sebelah mata setiap filem-filem tempatan yang ditayangkan? Di sini saya ingin mengajak anda untuk memberi komen atau pendapat tentang industri perfileman tanah air.

    Bagaimana untuk sertai?

    1. Ikuti Adam Roslan di Twitter, www.twitter.com/adamroslan

    2. Tulis satu post bertajuk ‘Saya Suka Filem Malaysia Kerana…” dan mulakan entri anda dengan ‘Adam Roslan, Saya suka filem Malaysia kerana…“. Post anda mestilah lebih daripada 100 patah perkataan, diletakkan poster ‘watermark’ (wajib) di atas dan slogan/post yang paling kreatif dan menarik akan melayakkan anda untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

    3. Hantar pautan posting/slogan anda di ruang komen untuk bukti penyertaan dan penilaian.

    Hadiah

    Hadiah, dua (2) pas masuk untuk menonton filem Adnan Sempit di TGV seluruh Malaysia.

    Ingat!

    Pertandingan ini akan dijalankan selama 7 hari bermula daripada 23 haribulan dan akan tamat pada 30 Januari 2010. Pemenang akan diumumkan pada 31 Januari 2010. Jelas? Sekiranya anda masih was-was tentang pertandingan ini, anda boleh ajukan soalan di bawah. Terima kasih.