
Nah, bertambah lagi sorang blogger dari kalangan ahli Reflector Studio! Kalau sebelum ni Amer telah menyertai dunia blog, kini Cedin aka Ariff Din telah melancarkan “Cedin Network” yang dihostkan oleh saudara Fakhrul aka Viere.
Blog yang banyak berkisar tentang aktiviti seharian disamping beberapa maklumat yang patut dikongsi oleh pembaca ini merupakan suatu yang pasti tidak boleh dilepaskan. Jom kawan-kawan, klik Cedin.Viere.Net.My!!
Ya, bagaimana hidup hari ini? Tiada apa yang berbeza seperti hari lain. Bangun pagi terus mengadap komputer untuk menyambung kerja yang ditinggalkan semalam. Selain menyambung, ada juga aktiviti sampingan seperti mencari projek-projek baru. Hehe. Dah ada projek dalam tangan masih mencari projek baru ya?
Pabila hari sudah bertukar petang, Adam terniat untuk keluar mencari kedamaian di dalam hati. Pergi membayar bil utiliti di TM Point dan ke KCR 2 Workshop untuk aktiviti riadah. Petang tadi kami bersama-sama membuat gotong royong untuk mengindahkan KCR 2 dengan menyusun barang-barang dan membuang tayar-tayar lama.
Sekian untuk hari ini. Semoga berjumpa lagi, Insya-Allah.

Leave a Reply