≡ Menu

Lawatan ke Kuala Lumpur

Salam.  Sekarang aku balik rumah, sebab untuk memenuhi gap 2 minggu untuk last paper aku, Sociology pada 11 November nanti. Pada minggu lepas aku submit post yang aku baru beli SE P990i, tapi pada minggun ni aku nak bagitau yang aku dah jual Smart Phone tu kat member aku pada harga RM830. Kenapa? Sebab phone tu macam tak sesuai aja nak hidup dengan aku. Haha.. Sebelum ni beriya-iya sangat nak guna P99oi tu, dah dapat tak guna la pulak yer.. Lawak btol la, baru 2 hari pakai terus jual. Apa-apa pun aku setuju dengan tindakan aku ni =)

rock_s.gif

Sebelum aku sampai Perlis, aku lepak dulu di KL di rumah bujang pakcik aku kat Bestari Condo. Aku sampai KL hari Isnin; 3.45pm dan menghabiskan masa di rumah pak cik aku dengan bermain PS2 bersama Epih dan Pandir. Dalam pukul 10 macamtu, kami amik ‘limosin’ ke Arked Mara untuk makan malam then balik selepas enjoy pusing KL. Esoknya, kami ke Low Yatt Plaz untuk dua tujuan, beli new 2.5″ external hdd dan claim hdd fakhrul yang rosak. Aku angkat 160gb westerrn digital 2.55″ hdd + rock enclosure pada harga RM 300.

nokia-6120.gifnokia-6233.gif

Aku gak ada usha-usha Nokia 6120 Classic (kiri) untuk menggantikan Nokia 6233 (kanan) yang aku sedang pakai ni. Tapi OS yang digunakan oleh N6120 macam tak memenuhi kehendak hati aja sebab dia gunakan OS yang digunakan oleh Nokia N70 sedangkan sekarang ni aku tengah gunakan Symbian v4. Agak mengejutkan kerana henset 62330 ni cuma bernilai RM250 untuk ditrade-in, sedangkan bulan Mac lalu aku beli dengan harga RM800. Nokia 6120 Classic pula berharga dalam lingkungan RM 880-RM900. Satu kelebihan N6120 ni ialah ada kamera depan untuk 3G tetapi stereo di sebelah kiri aja, berbanding N6233 yang ada di kiri dan kanan untuk kepuasan melayan lagu secara loudspeaker. Lepas tu, kami ke KLCC dengan berjalan kaki sejauh 2.3KM, satu pengalaman baru!  Dalam pukul 5 camtu, kami balik ke rumah dan bersiap-siap untuk balik ke Kangaq.

#Kepada teeya, sila klik sini untuk download  Bittersweet – Capital E
#ASC  Pengakap Melaka, saya akan mengadakan perbincangan dengan Putra Rovers sebelum menghantar kelemahan Jambori Melaka 2007 seperti yang diminta saudara.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Next post:

Previous post: