≡ Menu

Internet Earnings

Assalamualaikum. Kesempatan ini diambil untuk membuat quick posting kerana banyak perkara menarik telah berlaku sepanjang beberapa minggu lepas. Hari ini secara rasminya telah bermula cuti semester kepada semua pelajar UiTM Melaka walaupun masih ada yang bertungkus lumus untuk paper terakhir mereka.

Internet Earning

Dah lama tak bercakap mengenai Internet Earning ya. Selepas berjaya cash-out earning daripada Nuffnang pada bulan lepas sebanyak RM55 +/- yang juga merupakan cash out pertama daripada Nuffnang. Sedar tak sedar, beberapa laman web yang menjalankan pengiklanan dengan Nuffnang telah memberi aku sekali lagi jumlah yang sama untuk bulan ini. Walaupun nilai yang tidak sebesar mana, namun wang yang berjaya diperoleh untuk kali kedua ini lebih cepat dicapai berbanding kali pertama dahulu.

Selain Nuffnang, AdSense juga telah menampakkan peningkatan walaupun masih lagi di bawah tahap. Tidaklah meletak setinggi harapan untuk mendapat beribu-ribu dolar daripada AdSense, namun beberapa strategi yang diserapkan telah mula menampakkan hasilnya. Nampaknya banyak lagi yang perlu dipelajari tentang ilmu AdSense daripada guru atau taiko yang telah berjaya menghasilkan ribuan dolar daripada program pengiklanan ini.

Selain pengiklanan, program affiliate juga telah mula menampakkan hasil walaupun baru sahaja bermula berkenalan dengan program affiliate ini. Cerita di atas adalah luahan hati seorang penulis blog yang menjadikan program pengiklanan di internet sebagai pendapat sampingan dan tidak melakukan pekerjaan ini secara serius. Kalau ada tips yang menarik, InsyaAllah bolehlah saya kongsikan di sini nanti.

O2 Zinc

Kalau ada duit masuk, sudah pasti ada keluarnya. Setelah lama mengindamkan sebuah alat pembantu digital, akhirnya telah berada di dalam genggaman. Sebuah o2 Zinc telah berjaya di beli dengan menggunakan duit simpanan daripada tabungan harian dan ditambah dengan simpanan daripada “gaji seorang freelancer”. Kenapa O2 Zinc? Tiada jawapan yang tepat untuk soalan ini. Mungkin tertarik dengan rupa fizikalnya dan mungkin kerana fungsi yang lebih mampu menandingi Nokia 6233 ini? Apa pun semoga bergembira bersama O2 Zinc idaman — jangan jadi seperti nasib SE P990i :) Tapi saya telah gembira kerana dapat ber-YM bersama rakan-rakan melalui Web Messenger melalui Wi-Fi di rumah Apek.

Reflector Studio

Bercakap mengenai “business” – sebenarnya boleh dikatakan “OK” kerana ada beberapa syarikat dan orang perseorang yang berminat menggunakan perkhidmatan daripada Reflector Studio. Terbaru, Reflector Studio telah menjadi consultant kepada Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) untuk menyedia dan membangunkan laman web untuk institut tersebut. Walaupun tidak mendapat projek, namun adalah bertuah kerana telah mendapat kepercayaan sebuah institut pengajian tinggi untuk membangunkan laman web untuk mereka. Semasa berada di Perlis minggu lepas — ada sebuah syarikat pengilang telah menelefon untuk mendapatkan quotation bagi laman web mereka. Anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan kami? Klik sini untuk maklumat lanjut..

Reflector Studio bukanlah sebuah syarikat yang berdaftar dan hanya berdiri teguh bersama sekumpulan remaja yang mempunyai komitmen dan dedikasi untuk terus maju ke hadapan. Namun demikian, kami mempunyai keazaman untuk terus memajukan Reflector Studio sebagai satu perniagaan yang berdaya saing beberapa tahun akan datang.

Balik Perlis Makan Durian

Pada 26 April lepas, aku dan Hafiz telah mengambil kesempatan ‘paper gap’ untuk balik ke Perlis. Kepulangan kami dinantikan oleh seluruh rakyat Perlis dan rakan-rakan seperjuangan yang telah lama bercuti. Beberapa aktiviti diatur dan dilaksanakan dengan jayanya. Antaranya Kembara Cucur Udang di Kuala Perlis, Ronda Padang Besar, Makan Durian di Gua Kelam dan beberapa aktiviti sampingan lain. Antara yang ada bersama Che Din, Cipun, Nu’man, Amer, Fakhrul, Amer, Quib, Aash dan Mat Arip. Nak dijadikan cerita — mungkin kerana penangan durian siam membuatkan aku demam selama beberapa hari dan menjejaskan persiapan aku untuk paper COM161 dan COM164. Alhamdulillah, demam yang diiringi ruam telah sembuh sepenuhnya beberapa hari sebelum paper.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Next post:

Previous post: