Melilau di Kangar pada petang hari merupakan suatu yang rutin pada zaman cuti yang panjang ini. Bosan dengan tiada aktiviti khusus menjadikan saya seperti seorang kuntar yang tergolong dalam kategori merisaukan. Selepas selesai beberapa urusan bersama Amran Ali termasuk makan tengahari di Pizza Hut Kangar, ke kedai ‘persenta kong’ Ah Soon di Taman Kemajuan, saya ke Bee Aik Kangar untuk satu tujuan. Memandangkan bacaan meter Majesty saya sentiasa 0 mph dan lampu minyak enjin yang sentiasa berkelip, saya ke sana untuk menjalankan servis berkala.
Seperti apa yang dijangkakan, mereka dan kedai motor sekitar Perlis langsung tiada menyimpan stok untuk kabel brek Yamaha Majesty YP250. Sebelum ini ada meminta bantuan En Shaiful untuk mendapatkan harga barangan tersebut, tapi kedai tersebut masih gagal dihubungi. Lalu, dengan kepakaran yang ada mereka menggantikan kabel meter Yamaha Virago untuk Yamaha Majesty. Prestasinya cemerlang. Selesai servis, kuda besi ini dipercayai bergerak dengan lebih lancar.
Apa yang menarik perhatian di kedai tersebut ialah sebuah Nissan Fairlady 350Z yang diparkir di belakang kedai. Kata Amran, beli kereta mahai mahai parking bawah pokok pisang. Terbaik.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, kereta ini adalah milik tokey Bee Aik Motor. Sebelum ini beliau menggunakan (dibaca menaiki atau memiliki) sebuah Toyota Silvia. Kemudian menaik taraf kepada Nissan Skyline R35 sebelum menggunakan Nissan Fairlady ini. Baguslah, sekarang dah ramai anak muda di Perlis segak bergaya dengan kereta sukan mereka. Saya menanti rakan-rakan terdekat untuk menyambar satu. Boleh merasa naik kereta sukan.
Other articles you might like;
Fuh!! Memang terbaik lah!! Hehehee..
Agak² siapa punya erk?
“Menurut sumber yang boleh dipercayai, kereta ini adalah milik tokey Bee Aik Motor. Sebelum ini beliau menggunakan (dibaca menaiki atau memiliki) sebuah Toyota Silvia.”
waduh! biler lah dapat sambar satu ni. slurp! slurp!
.-= penyubiru´s last blog ..Bulu =-.
dah ada azam nampak gaya. dah sampai seru, terus angkat bang. jangan dok menyesal sudah. :)
perghh…kalo nampak kereta yang macam tu mesti rasa hebat giler..tapi kureng sket la coz kereta tu num plate langkawi =)
maksudnya kereta tu murah la..xde cukai..kalo nak lagi grand letak plate Wilayah..bru ganassss