Tadi petang, Mat Arip dan Naqib adakan satu agenda untuk mengisi masa lapang kami untuk petang Jumaat. Kami menuju ke bandaraya Alor Setar untuk melihat sendiri kemeriahan Festival Diraja Belon Udara Panas Negeri Kedah 2010. Karnival ini akan berlangsung selama dua hari bermula hari Jumaat dan Sabtu.
Naqib yang semangat berkobar-kobar untuk kesana rupanya ada agenda tersembunyi. Apa lagi, jumpa marka lah. Ketibaan kami di sana disambut dengan kesesakan jalanraya sepanjang jalan masuk ke tempat kejadian. Sibuk. Lebih kurang 7.00 petang baru kami dapat turun dan akhirnya tiada lagi belon udara yang dilepaskan untuk tontonan. Yang ada cuma dua biji belon yang naik dan turun. Anda boleh naik belon ini setinggi 10 meter dengan bayaran RM10 seorang. Cubalah. Gambar oleh Anna Farhana.
Other articles you might like;