≡ Menu

Cabaran Internet 100MB sebulan

Cabaran Internet 100MB Sebulan

Salam. Tidak dinafikan dalam dunia serba canggih ini, melanggan ‘mobile Internet’ adalah satu kepastian. Lebih lagi dengan memiliki telefon pintar, Internet adalah satu keperluan untuk melengkapkan fungsi serba canggih yang dimiliki gajet tersebut.

Banyak plan yang ditawarkan oleh penyedia telekomunikasi tempatan dengan harga serendah RM30 untuk Internet kuota 1GB hinggalah RM68 untuk kuota 3GB. Syarikat penyedia berlumba-lumba untuk menawarkan servis yang terbaik pada harga yang termurah.


Saya menganjurkan cabaran Internet 100MB sebulan, untuk mencabar diri sendiri untuk tidak bergantung kepada Internet apabila berada di luar. Saya hanya akan gunakan Internet di rumah atau pejabat, dan bergantung kepada 100MB yang dibekalkan dalam plan #Hotlink.

Jadi bagaimana hasilnya? Mampukah saya ‘survive’ di dunia luar dengan hanya 100MB? Jawapannya, Ya! Tapi Internet 100MB percuma dalam plan #Hotlink masih ada kekangan. Contohnya ketika terdesak nak gunakan Waze, anda perlu tunggu lebih lama untuk loading. Kalau nak main Facebook pun, lagi selesa dengan versi mobile. Benda percuma, biasa lah!

Ternyata Internet percuma ini mampu berikan anda sedikit nyawa untuk terus hidup ketika berada di luar, tetapi jika anda seorang pengguna Internet tegar, anda wajib teruskan langganan Internet bulanan anda.

Ada yang nak cuba?

Other articles you might like;

9 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3